Rusuhan kuil: Polis nafi tuduhan Waytha Moorthy lambat bertindak



SHAH ALAM - Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menafikan mereka lambat bertindak dalam menangani insiden rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights, di sini, awal pagi semalam.

Menurut Mohamad Fuzi, polis sampai ditempat kejadian kira-kira 10 minit, selepas mendapat panggilan daripada orang awam.

"Untuk makluman semua, kira jam 2:40 pagi bilik gerakan kami di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya telah nenerima satu panggilan daripada seorang orang awam yang di kenal pasti.

"Bertindak daripada maklumat itu kira-kira jam 2:50 pagi, polis dengan kekuatan empat Unit Kereta Peronda (MPV) dan beberapa buah motosikal daripada Unit Ronda Motosikal tiba di tempat kejadian," katanya dalam sidang media, yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, sebentar tadi.

Justeru katanya, adalah tidak tepat dakwaan sesetengah pihak bahawa polis lambat bertindak dalam menangani rusuhan itu.


"Kita ada maklumat, jadi kita harap jangan buat spekulasi yang tidak bertempat, mereka tidak tahu situasi sebenar, kita sudah kawal keadaan," katanya lagi.

Mengulas lanjut berhubung insiden itu, Mohamad Fuzi berkata setelah polis tiba ditempat kejadian didapati kira-kira 50 lelaki berada di kuil berkenaan.

"Keadaan jadi tidak terkawal, kemudiannya polis ambil tindakan segera apabila menjelang 5 pagi polis telah berjaya kawal keadaan dengan dibantu oleh polis Ibu Pejabat Serdang dan Anggota Unit Simpanan Persekutuan yang berjumlah 700 orang," katanya.

Dalam insiden itu katanya 17 orang ditahan untuk membantu siasatan.

"Polis juga merampas dua bilah pedang, dua batang kayu dan dua paip getah," katanya.


Dalam pada itu beliau mengulangi kenyataan pihak polis sebelum ini bahawa insiden ini bukan melibatkan rusuhan kaum.

"Polis kini mengawal  ketat tempat kejadian, kita memantau 24 jam kawasan berkenaan.

"Jadi saya harap jangan ada lagi yang membuat spekulasi dan menyebarkan kenyataan palsu yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat awam," katanya.

Sebelum ini lima menteri dan seorang timbalan menteri menyelar pihak polis yang didakwa lambat bertindak, yang menurutnya tiba selepas dua jam pergaduhan berlangsung.

Menteri tersebut adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Waytha Moorthy, Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Xavier Jayakumar dan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar R Sivarasa. - SH


ARTIKEL BERKAITAN :

Pergaduhan pemaju dan penganut Kuil Seafield Sri Maha Mariamman

Di mana Waytha Moorthy dan Gobind ketika Kuil Seafield Sri Maha Mariamman mahu dirobohkan?

Exco DAP tuduh umat Islam serang kuil Seafield Sri Maha Mariamman

Mufti Perlis arah KERAjaan PH ambil tindakan 'kuil' bina secara haram

One City nafi cetus rusuhan kuil Seafield Sri Maha Mariamman

Sebelum nak gaduh antara kaum cuba lihat fakta ini

Pergaduhan di Kuil, Waytha Moorthy salahkan Polis

Memahami garis masa isu kuil Sri Maha Mariamman

Era BN, kuil Sri Maha Mariamman diizinkan bertapak

Rusuhan kuil: Polis nafi tuduhan Waytha Moorthy lambat bertindak

Baju PPBM antara dijumpai dalam kereta penceroboh kuil Sri Maha Mariamman

Situasi makin tegang FRU dihalang kereta diremuk





[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]


Rusuhan kuil: Polis nafi tuduhan Waytha Moorthy lambat bertindak Rusuhan kuil: Polis nafi tuduhan Waytha Moorthy lambat bertindak Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 26, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...