Patut la rumah urut makin bertambah, denda cuma RM1,000

Gambar contoh

KUALA LUMPUR — Seorang pemilik rumah urut didenda RM1,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen, Julai lepas.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu terhadap Koo Foong Kong ,52, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan menjalankan perniagaan pusat urut tanpa lesen sah Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pusat ​​​​​​​di De Touch Wellness Centre, Jalan Manis 6, di sini, pada jam 5.15 petang, 13 Julai lepas.

Dia didawa mengikut Seksyen 3 Akta Undang-Undang Kecil Establismen Kecantikan dan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2003, yang membawa hukuman denda maksium RM2,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin, memohon hukuman setimpal manakala Koo, yang tidak diwakili peguam, memohon hukuman denda minimum dengan alasan dia menanggung isteri dan anak. – BERNAMA


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Patut la rumah urut makin bertambah, denda cuma RM1,000 Patut la rumah urut makin bertambah, denda cuma RM1,000 Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 22, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...