RASUAH: KP SPRM malu mengaku rakyat Malaysia



Anak PM malu mengaku rakyat Malaysia, mengaku rakyat Brunei. 

Ketua Pesuruhjaya, SPRM Mohd Shukri Abdull hari ini mengakui bahawa beliau pernah malu menjadi rakyat Malaysia akibat gejala rasuah yang serius di negara ini.

Katanya, rasuah di Malaysia pernah mencapai tahap yang terlalu membimbangkan dan persepsi negara semakin merosot.

Mohd Shukri juga mengakui beliau amat malu dengan tahap rasuah di negara ini pada satu ketika.

“Saya pernah pergi ke luar negara (pada) 2016,... dia (orang luar) tanya awak dari mana mana, dalam bahasa Inggeris, saya malu nak sebut saya orang (rakyat) Malaysia, sampai peringkat macam itu.

“Saya kata saya orang Indonesia. Maksudnya begitu kedudukan kita pada masa itu,” katanya.



Pertama, kami tidaklah mempercayai index rasuah yang direka oleh barat, kerana sudah tentu negara Islam tidak akan menduduki tangga teratas berbanding negara mereka.

Namun, kita andaikan sahaja jika index rasuah rekaan mereka itu betul, Malaysia pada tahun 2016 menduduki tangga ke 55 dari 116 keseluruhan negara.

Negara Indonesia pula jauh di tangga ke 90.

Pengarah SPRM ini menyatakan beliau malu dengan negara sendiri yang kononnya index rasuah terlalu tinggi sehingga menyebabkannya mengaku sebagai rakyat Indonesia yang index rasuahnya jauh lebih buruk.

Apa yang cuba disampaikan oleh beliau?

Kami terfikir hanya satu kemuingkinan sahaja iaitu beliau cuba beritahu, IQ beliau bawah sedikit dari lobak. – AbuLeman



RASUAH: KP SPRM malu mengaku rakyat Malaysia RASUAH: KP SPRM malu mengaku rakyat Malaysia Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 13, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...