PTPTN tutup jika tangguh bayar – Wan Saiful



Masa tabur janji kau tak fikir. Sekarang beri alasan macam-macam

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan ditutup sekiranya menangguhkan pembayaran balik pinjaman tabung itu bagi peminjam yang berpendapatan bawah RM4,000, kata pengerusinya Wan Saiful Wan Jan,

“Kita tidak mahu jika laksanakannya (penangguhan bayaran), pada tahun akan datang kerajaan terpaksa menutup PTPTN akibat beban hutang tinggi,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Wan Saiful berkata demikian ketika ditemui pada Karnival Pendidikan Kerjaya 2018 di Arau hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN : BAJET2019: Potongan gaji bagi peminjam PTPTN bergaji RM1,000 ke atas

ARTIKEL BERKAITAN : Tetap perlu bayar PTPTN – Wan Saiful

ARTIKEL BERKAITAN : Wan Saiful terpaksa akui gagal tunai janji tangguh PTPTN

Menurutnya cadangan penangguhan pembayaran semula itu bakal memberi kesan buruk kepada institusi berkenaan bagi jangka masa panjang.

“Kita hargai cadangan semua pihak supaya ditunaikan janji dalam manifesto Pakatan Harapan (PH), namun pada masa kini kita tidak mampu untuk memenuhi janji itu.

Kelmarin, Anggota Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 di Dewan Rakyat menggesa kerajaan segera melaksanakan janji berhubung penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN.

Hassan dipetik berkata, kerajaan perlu menyusun balik struktur PTPTN bagi membantu golongan muda dan mahasiswa.

ARTIKEL BERKAITAN : PTPTN: Dulu hasut tak perlu bayar, kini paksa bayar pula – Najib

ARTIKEL BERKAITAN : PTPTN: Tak jadi tangguh, tak bayar akan diisytiharkan bankrup

Mengulas lanjut Wan Saiful berkata, pihaknya masih menunggu kelulusan daripada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bagi melaksanakan mekanisme pembayaran semula pinjaman berkenaan.

“Saya merayu Kementerian Hal Ehwal Ekonomi mempercepatkan perbincangan di peringkat dalaman kerana sudah dua bulan lebih kita menunggu.

“Sejurus mereka memuktamadkan keputusan, kita akan terus bawa ke Kabinet untuk diputuskan sama ada ia akan dilaksanakan atau tidak,” katanya. MK
PTPTN tutup jika tangguh bayar – Wan Saiful PTPTN tutup jika tangguh bayar – Wan Saiful Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 17, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...