PTPTN: Protes berjalan dari UM ke Parlimen "KERAjaan hari ini lebih kejam"



KUALA LUMPUR - Seramai 20 orang ahli Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyatakan protes dengan berjalan kaki sejauh 9 kilometer bermula dari Universiti Malaya (UM) ke bangunan Parlimen hari ini.

Difahamkan, tujuan protes tersebut adalah sebagai tanda bantahan terhadap dasar pemotongan gaji secara automatik bagi bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang bakal dilaksanakan selepas ini.

Presiden Gamis, Muhammad Faizuddin Mohd Zai berkata, pihaknya mengambil langkah tersebut berikutan kerajaan PH pada masa kini cuba mengambil kesempatan terhadap anak muda dengan mengetatkan lagi proses pembayaran balik pinjaman tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN : BAJET2019: Potongan gaji bagi peminjam PTPTN bergaji RM1,000 ke atas

ARTIKEL BERKAITAN : Tetap perlu bayar PTPTN – Wan Saiful

“Langkah kerajaan pada masa kini lebih kejam berbanding zaman pemerintahan Umno-BN. Malah anak muda turut tertekan dengan pelaksanaan pemotongan gaji tersebut,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Faizuddin berkata, menerusi pengiraan yang dilakukan pihaknya mendapati anak muda terpaksa berhutang sekitar RM400 setiap bulan sekiranya konsep pemotongan bayaran balik pinjaman itu diguna pakai kerajaan.

“Langkah yang bakal diperkenalkan oleh kerajaan ini bakal melemahkan ekonomi anak muda yang baru bertapak pada masa hadapan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN : Wan Saiful terpaksa akui gagal tunai janji tangguh PTPTN

ARTIKEL BERKAITAN : 'Apapun manifesto kata, kalau dah pinjam kenalah bayar'

Dalam pada itu, Faizuddin berkata, protes tersebut disertai beberapa wakil graduan dari institusi pendidikan tempatan antaranya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), UM, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sains Islam Malaysia (Usim).

“Kita juga akan mengadakan perbincangan meja bulat bersama graduan-graduan lain selepas ini sekiranya tiada sebarang maklum balas diterima daripada menteri dan kita akan buat lagi protes mungkin dari UKM ke Putrajaya pula,” katanya.

Dalam pada itu, peserta protes berkenaan turut menyampaikan memorandum bantahan kepada wakil Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang tidak dapat hadir berikutan mempunyai program lain.

ARTIKEL BERKAITAN : Mengapa B40 sahaja layak pelepasan bayaran balik PTPTN? – Najib Razak

ARTIKEL BERKAITAN : PTPTN: Tak jadi tangguh, tak bayar akan diisytiharkan bankrup

Menerusi Belanjawan 2019, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memaklumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan pembayaran balik PTPTN dengan cara potongan gaji berjadual antara dua peratus hingga 15 peratus daripada pendapatan bulanan peminjam, bergantung kepada paras pendapatan mereka.

Jadual pembayaran balik ini hanya terpakai kepada peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan. - SH

PTPTN: Protes berjalan dari UM ke Parlimen "KERAjaan hari ini lebih kejam" PTPTN: Protes berjalan dari UM ke Parlimen "KERAjaan hari ini lebih kejam" Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 14, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...