Sudah sampai masa KERAjaan PH 'kurangkan cakap, lebihkan bekerja' – Rafidah



Setuju tu, kurangkan cakap kosong. Lebihkan kerja, tunai janji semasa kempen PRU14. Jangan jadi munafik!

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu “kurangkan bercakap, lebihkan bekerja” dalam usaha meletakkan semula negara di landasan yang tepat, kata Tan Sri Rafidah Aziz.

Beliau yang merupakan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri bagi tempoh 1987 hingga 2008 berkata kerajaan perlu menumpukan tadbir urus negara dan bergerak dengan menggalas tanggungjawab besar dalam membangunkan negara.

Tokoh wanita ini turut senada dengan kenyataan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin bahawa kerajaan perlu menghentikan tindakan menyalahkan kerajaan terdahulu yang mentadbir negara selama 61 tahun lepas.

Daim mahu kerajaan hari ini mula menumpukan kepada usaha menunaikan janji mereka kepada rakyat yang dibuat semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

“Kita teruskan mentadbir urus kerajaan, namun apabila masalah yang dibuat kerajaan terdahulu timbul, kita perlu memberitahu kepada rakyat, siapa yang melakukannya. Bagaimanapun, rakyat juga perlu tahu siapakah sebenarnya yang perlu dipersalahkan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai peranan yang boleh disumbangkan beliau sebaik sahaja menyertai Parti Bersatu, yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Rafidah menyatakan akan memberi komitmennya kepada kerajaan PH menerusi keanggotaannya dalam parti itu.

Rafidah, yang kini Pengerusi AirAsia X Bhd, menekankan bahawa hasratnya untuk bersama-sama Bersatu bukan didorong faktor “orang lain turut menyertainya”.

“Saya menyertainya bukan untuk rancangan atau agenda peribadi... bukan budaya saya. Bagi saya, ia adalah penyertaan sokongan, saya telah melaksanakannya semasa membantu PH memenangi PRU14,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Perdagang ASEAN, Datuk Moehamad Izat Emir berkata pihaknya melahirkan kelegaan atas nasihat yang dibuat Daim.

“Komen (Tun) Daim adalah bijak, penuh kewarasan dan bertanggungjawab, selari dengan tugas beliau sebagai penasihat kerajaan.

“Budaya mengutuk, mengata dan mengumpat perkara lama tidak mengguntungkan kerajaan yang baharu, lebih-lebih lagi dengan konsep keterbukaan yang diamalkan di dalam Parlimen, ditambah apabila setiap orang yang memiliki telefon pintar dapat mengakses pendebatan anggota parlimen,” katanya.

Moehamad Izat berkata, walaupun setiap maklumat diperkatakan adalah betul(?), rakyat sudah mula muak dan jemu dengan kata-kata yang tiada perubahan.

“Kita juga melihat pertandingan di dalam empat parti di dalam Pakatan Harapan yang kita kurang faham. Datang berpasukan, berjuang berlawan-lawan, tetapi yang mana satu boleh dijadikan amalan?,” katanya.

Apa yang penting, menurut bekas Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia itu adalah jelas bahawa Malaysia mahukan kebaikan dan kemajuan malah Tun Dr Mahathir merupakan seorang pemimpin yang masih diperlukan untuk mengelakkan perpecahan.

Penasihat Korporat Sunway Group, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata rakyat sudah mula jemu dengan tindakan menyalahkan banyak pemimpin terdahulu yang amat mengecewakan. - Bernama
Sudah sampai masa KERAjaan PH 'kurangkan cakap, lebihkan bekerja' – Rafidah Sudah sampai masa KERAjaan PH 'kurangkan cakap, lebihkan bekerja' – Rafidah Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 10, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...