Perkasa desak Tun M pecat Moorthy



PERTUBUHAN Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Selangor mendesak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy kerana mengeluarkan kenyataan fitnah untuk memburukkan negara.

Yang Dipertuanya, Borhan Ahmad Zakaria berkata, dakwaan Moorthy bahawa masyarakat India di negara ini tidak dilayan dengan adil, dipaksa memeluk Islam jika bekerja di sektor kerajaan dan sebanyak 10,000 kuil dimusnahkan adalah satu tuduhan yang amat berat.

“Dia tidak bertanding pun dalam pilihan raya, jadi pecat sahaja dia. Pelantikan dia dalam Kabinet atas budi bicara Perdana Menteri. Sikap seperti dia tidak wajar ada dalam Kabinet kerajaan.

ARTIKEL BERKAITAN : P. Waytha Moorthy menipu, memfitnah dan memburukkan Malaysia di mata dunia

ARTIKEL BERKAITAN : Waytha Moorthy pengkhianat - Maza

ARTIKEL BERKAITAN : Tanya Moorthy, jangan tanya saya – Guan Eng

“Kita akan lakukan desakan supaya dia dipecat atau dikenakan tindakan undang-undang. Dia tidak wajar keluarkan dakwaan seperti ini di luar negara. Adakah ini sikap seorang menteri apabila burukkan negara sendiri di luar negara?

“Layanan yang diterima masyarakat India di Malaysia adalah yang terbaik dan layanan seperti ini tidak akan dinikmati di negara lain,” katanya kepada NSTP hari ini.

Beliau mengulas mengenai video berdurasi 2 minit 39 saat yang tular di media sosial memaparkan Moorthy memburukkan negara dan memfitnah kerajaan, termasuk kononnya Malaysia menghadapi masalah pencabulan hak asasi yang kronik.

ARTIKEL BERKAITAN : Pemuda UMNO desak Waytha Moorthy letak jawatan

ARTIKEL BERKAITAN : Dakwa Morrthy bawah SOSMA – PPBM

ARTIKEL BERKAITAN : Pecat, dakwa, gugur kerakyatan Waytha Moorthy – PAS

Borhan menggesa kerajaan menarik semula keputusan untuk menggantung sementara tindakan di bawah Akta Hasutan 1948.

“Akta Hasutan wajar dikekalkan dan begitu juga dengan akta lain seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) dan Akta Pencegahan Keganasan (POTA).

“Perkembangan yang berlaku sejak kebelakangan menunjukkan pentingnya kerajaan mengekalkan Akta Hasutan. Ketiadaan akta seperti ini menyebabkan sesiapa sahaja bebas bercakap walaupun ia mengguris hati pihak lain,” katanya. - HM


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Perkasa desak Tun M pecat Moorthy Perkasa desak Tun M pecat Moorthy Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 19, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...