Pergaduhan pemaju dan penganut Kuil Seafield Sri Maha Mariamman



Keganasan meletus di luar Kuil Seafield Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya awal pagi ini.

Polis Subang Jaya berkata pergaduhan tercetus ekoran salah faham antara dua kumpulan

"Pergaduhan kumpulan kuil dan kumpulan pemaju telah berlaku di dalam kawasan Kuil Sri Mariammam, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya.

"Punca kejadian adalah perselisihan faham antara dua kumpulan berkenaan isu perpindahan Kuil," kata pejabat polis daerah dalam suatu kenyataan di Facebook.

Polis IPD Subang Jaya juga menasihatkan, "orang ramai tidak membuat apa-apa tindakan yang menyalahi undang-undang."

"Keadaan adalah baik dan terkawal," katanya.

Video kejadian di media sosial memaparkan sekumpulan besar orang terlibat dalam pergaduhan itu.


Paling kurang sebuah lori pikap diterbalikkan khalayak yang marah manakala NST melaporkan 18 kenderaan telah dibakar.

Hantaran di media sosial menunjukkan polis antirusuhan tiba di tempat kejadian.

Para penganut dilaporkan berkumpul di kuil tersebut untuk melindunginya daripada perobohann. Mereka dilaporkan didatangi sekumpulan orang luar lantas mencetuskan perbalahan.

Kuil tersebut sepatutnya dipindahkan pada 22 November lalu.

Rancangan untuk memindahkan kuil itu telah bermula sejak 2007 selepas tanah itu dibeli oleh One City Development Sdn Bhd.

Pada tahun 2014, penghakiman dengan persetujuan di mahkamah memutuskan syarikat One City dan dua kumpulan yang bersaing menguruskan kuil itu bersetuju untuk memindahkannya ke atas sebidang tanah, kira-kira tiga kilometer dari tapak asal.

One City juga menyumbangkan RM1.5 juta kepada pihak kuil sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelesaian.

Walau bagaimanapun, para penganut terus menentang usaha memindahkan kuil itu yang dilaporkan telah ada sejak tahun 1891.

Pada mulanya penganut kuil itu menuduh kuil mereka diceroboh oleh orang Melayu tetapi akhirnya menukar kenyataan penceroboh itu diupah oleh pemaju. - MK/AbuLeman

[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]



Pergaduhan pemaju dan penganut Kuil Seafield Sri Maha Mariamman Pergaduhan pemaju dan penganut Kuil Seafield Sri Maha Mariamman Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 26, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...