Pergaduhan di Kuil, Waytha Moorthy salahkan Polis



Lima menteri dan seorang timbalan menteri menegur pihak polis yang dalam kenyataan awal pihak berkuasa menyifatkan pergaduhan di kuil lama di Subang Jaya awal pagi tadi, melibatkan “dua kumpulan bangsa India ”.

“Kenyataan ini palsu dan tidak bertanggungjawab.

“Ia menambahkan ketegangan antara masyarakat India, terutamanya susulan respon lambat dan tidak tidak efektif polis Subang Jaya,” kata menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy.

Waythamoorthy membacakan kenyataan yang dikeluarkan bersama Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Xavier Jayakumar dan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar R Sivarasa.



Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Md Farid Md Rafik, yang juga timbalan kepada Waythamoorthy, turut hadir dalam sidang media itu.

Waythamoorthy ialah menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal perpaduan negara.

Polis Subang Jaya awal pagi tadi menyifatkan pergaduhan di Kuil Sri Mariammam, USJ 25, Putra Heights melibatkan "dua kumpulan bangsa India".

Kenyataan itu kemudian dipinda dengan menyebut ia melihatkan dua kumpulan, tanpa menyebut bangsa terlibat.



Justeru, Waythamoorthy berkata polis Subang Jaya patut disiasat dan diambil tindakan disiplin.

Kenyataan itu juga menyelar pihak polis yang didakwa lambat bertindak, yang menurutnya tiba selepas dua jam pergaduhan berlangsung.

Katanya, polis Subang Jaya tiba ke lokasi insiden kira-kira 4.15 pagi manakala pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) tiba kira-kira jam 6 pagi. - MK


ARTIKEL BERKAITAN :

Pergaduhan pemaju dan penganut Kuil Seafield Sri Maha Mariamman

Di mana Waytha Moorthy dan Gobind ketika Kuil Seafield Sri Maha Mariamman mahu dirobohkan?

Exco DAP tuduh umat Islam serang kuil Seafield Sri Maha Mariamman

Mufti Perlis arah KERAjaan PH ambil tindakan 'kuil' bina secara haram

One City nafi cetus rusuhan kuil Seafield Sri Maha Mariamman

Sebelum nak gaduh antara kaum cuba lihat fakta ini

Pergaduhan di Kuil, Waytha Moorthy salahkan Polis

Memahami garis masa isu kuil Sri Maha Mariamman

Era BN, kuil Sri Maha Mariamman diizinkan bertapak

Rusuhan kuil: Polis nafi tuduhan Waytha Moorthy lambat bertindak

Baju PPBM antara dijumpai dalam kereta penceroboh kuil Sri Maha Mariamman





[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]


Pergaduhan di Kuil, Waytha Moorthy salahkan Polis Pergaduhan di Kuil, Waytha Moorthy salahkan Polis Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 26, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...