Pendapatan Nga Kor Ming tertinggi mengatasi Guan Eng



Gaji pemimpin PH ratusan ribu, rakyat dipaksa berkorban. Peruntukan dipotong dihapus, orang miskin terabai.

TIMBALAN Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming mencatat pendapatan bulanan tertinggi dalam kalangan Ahli Parlimen dan pegawai pentadbiran kerajaan.

Berdasarkan portal Perisytiharan Harta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pengerusi DAP Perak dan isterinya itu menerima pendapatan sebanyak RM101,160 sebulan.

ARTIKEL BERKAITAN : Pendapatan Guan Eng paling tinggi RM86,464.92

Pasangan terbabit turut mengatasi Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang sebelum ini tertinggi dengan mengisytiharkan pendapatan bersama isterinya sebanyak RM86,464.92.

Pada kedudukan ketiga ialah Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew dengan jumlah pendapatan RM84,422.50.

Setakat ini, sebanyak 112 Ahli Parlimen sudah mengisytiharkan pendapatan masing-masing dan maklumat terbabitboleh diakses umum melalui mydeclaration.sprm.gov.my mulai 1 November lalu. - HM


Gaji pemimpin PH ratusan ribu, rakyat dipaksa berkorban

Pendapatan Nga Kor Ming tertinggi mengatasi Guan Eng Pendapatan Nga Kor Ming tertinggi mengatasi Guan Eng Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 08, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...