Pemuda UMNO desak Waytha Moorthy letak jawatan



KUALA LUMPUR 18 Nov. - Pemuda UMNO mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy meletakkan jawatan ekoran tular dalam media sosial ketika ini video lamanya sebagai pemimpin Hindraf yang memburuk-burukkan negara termasuk kononnya Malaysia menghadapi masalah pencabulan hak asasi yang kronik.

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, selaku menteri yang menjaga portfolio perpaduan negara dan kesejahteraan sosial, Waytha Moorthy mesti melepaskan jawatan secara terhormat dan bermaruah atas kegagalan menguruskan isu-isu perkauman, keagamaan dan perpaduan dengan bijak.

ARTIKEL BERKAITAN : P. Waytha Moorthy menipu, memfitnah dan memburukkan Malaysia di mata dunia

ARTIKEL BERKAITAN : Waytha Moorthy pengkhianat - Maza

“Kelmarin tular video lama beliau selaku pemimpin utama pertubuhan radikal Hindraf yang memburuk-burukkan negara kepada negara luar dengan menyebarkan kenyataan palsu berupa fitnah, menggambarkan seolah-olah Malaysia menghadapi masalah pencabulan hak asasi yang kronik dan melakukan penindasan teruk kepada kaum-kaum dan penganut agama lain, antaranya merobohkan kuil-kuil hindu dan menafikan hak asasi kaum lain di Malaysia.

“Sehingga kini beliau tidak pernah menarik balik kenyataan dan tohmahan jahat yang dilakukan beliau sebagaimana yang ditularkan melalui video berdurasi 2 minit 39 saat itu.

“Lebih mendukacitakan sejak menjadi menteri yang sepatutnya mempromosi perpaduan kaum dan pelbagai agama, beliau lebih cenderung untuk membangkitkan isu-isu yang mencetus kemarahan rakyat dan membangkitkan api permusuhan di antara kaum,” katanya menerusi satu kenyataan dalam Facebook hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Tanya Moorthy, jangan tanya saya – Guan Eng

Tambah Asyraf Wajdi, kesungguhan Waytha Moorthy mengheret negara untuk meratifikasi dan mengesahkan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) hanya menzahirkan kesombongan dan keangkuhan beliau sungguhpun kerajaan sedar bahawa majoriti rakyat melihatnya sebagai suatu yang mencabar hak keistimewaan Melayu dan bumiputera serta kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Imej radikal beliau ketika memimpin Hindraf hanya akan mengundang krisis keyakinan rakyat akan masa depan keharmonian negara berbilang agama dan kaum di negara ini.

“Pemuda UMNO juga menggesa Waytha Moorthy menarik balik segala kenyataan fitnah dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia atas pengkhianatan beliau memburuk-burukkan negara di mata negara-negara luar,” katanya. - UO


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Pemuda UMNO desak Waytha Moorthy letak jawatan Pemuda UMNO desak Waytha Moorthy letak jawatan Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 19, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...