Pemilihan PKR memalukan – Mufti Perlis



KANGAR 4 Nov. - Insiden pergaduhan semasa pemilihan PKR di Keningau, Sabah semalam dan beberapa kawasan lain sebelum ini disifatkan sebagai amat memalukan.

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin ber­kata, situasi serta aksi seperti itu lazimnya ha­nya dapat dilihat dalam masyarakat yang rendah peradaban dan tamadunnya.

Beliau berkata, malang­nya dalam negara ini yang terkenal dengan kesantunan, boleh terjadi hal seperti itu.

“Melihat rakaman pergaduhan sebuah parti politik dalam pemilihan pemimpin mereka amat merisaukan. Biasanya, aksi dan cara sebegitu hanya kita lihat dalam masyarakat yang rendah peradaban dan tamadunnya.

“Ternyata kuasa telah menjadikan manusia hilang nilai dan akal yang waras. Apakah kualiti pemimpin yang hendak mereka pilih jika demikian keadaannya?” soalnya dalam status Facebook, hari ini.

Samada Mufti baru bangun dari koma atau IQ Mufti jenis lobak. Sejak bila Pemilihan PKR tak gaduh? PPBM gaduh tak nak ulas ke?

Beberapa video ter­sebar dalam Facebook sejak semalam me­nunjukkan kekecohan semasa proses pemilihan PKR di pusat pe­ngundian Balai Raya Kampung Marampong, Keningau, Sabah.

Dalam insiden tersebut, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli didakwa telah dipukul di kepala oleh seorang lelaki yang menye­rangnya ketika meninjau pro­ses pengundian di balai raya ber­kenaan.

Video berdurasi tiga minit 20 saat itu merakamkan Rafizi berada di dalam pusat pengundian sambil bertengkar de­ngan seorang wanita dipercayai petugas parti manakala di luar bangunan sekumpulan lelaki bertindak merosakkan dawai penghadang untuk memasuki dewan berkenaan.

Sebelum itu, pemilihan PKR di beberapa negeri seperti Kedah dan Selangor turut dicemari insiden pergaduhan. - UO
Pemilihan PKR memalukan – Mufti Perlis Pemilihan PKR memalukan – Mufti Perlis Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 05, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...