Nazri sudah bersihkan dakwaan rasuah saya, ini kes lama – Musa Aman



Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mendakwa 35 pertuduhan rasuah yang dikenakan terhadapnya hari ini merupakan "kes lama" yang telah dibersihkan sebelum ini.

"Insya-Allah, saya akan lawan kes ini untuk membersihkan nama saya. Saya tidak tahu kenapa... Kes ini telah diselesaikan sebelum ini, kira-kira 10 ke 14 tahun lalu.

"Kenapa menjadi isu lagi? (Datuk Seri) Nazri (Aziz) yang menjadi menteri bertanggungjawab dalam urusan parlimen pada waktu itu telah membersihkan kes ini... Tidak ada kes terhadap saya," katanya.

Bercakap kepada pemberita di kompleks mahkamah Kuala Lumpur selepad didakwa, Musa enggan membuat spekulasi tuduhan terhadapnya bermotifkan politik.

"Tapi biar saya beritahu kamu, saya akan membersihkan nama saya dengan peguam saya. Saya akan lawan kes ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN : Musa Aman mengaku tak bersalah 35 tuduhan rasuah

Pada 2012, Menteri Undang-Undang pada ketika itu, Nazri Aziz telah memberitahu Dewan Rakyat tidak ada unsur-unsur rasuah dalam usaha Michael Chia menghulurkan derma yang dikatakan sebanyak RM40 juta kepada Umno.

Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) pada 2008 merampas wang tunai dolar Singapura bernilai RM40 juta.

Nazri kemudian memberitahu Parlimen, Chia tidak pernah ditangkap oleh ICAC dan wang itu telah dipulangkan apabila kes tersebut tiada perkembangan.

Nama Michael Chia muncul sebanyak 16 kali dalam 35 pertuduhan yang dibacakan di mahkamah terhadap Musa.

Pada setiap pertuduhan, Musa didakwa menerima suapan melalui proksi termasuklah Chia sama ada di Hong Kong atau Singapura. Jumlah keseluruhan yang dikumpulkan didakwa sebanyak AS$63.3 juta (sekitar RM263 juta bagi nilai tukaran semasa). - MK


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Nazri sudah bersihkan dakwaan rasuah saya, ini kes lama – Musa Aman Nazri sudah bersihkan dakwaan rasuah saya, ini kes lama – Musa Aman Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 05, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...