Nak sangat undang Islam, please la pindah ke Brunei – Presiden Paknyah Malaysia



“… Orang-orang Malaysia yang hendak sangat undang-undang Islam, please la pindah ke Brunei,” demikian kenyataan Presiden Transmen of Malaysia, Dorian Wilde. 

Kenyataan tersebut dimuatkan menerusi akaun media sosial twitter milik beliau. Tambah beliau, rakyat Malaysia yang mahukan undang-undang syariah ini boleh digantikan dengan rakyat Brunei yang tidak mahu undang-undang Islam. 

“Kita boleh tukar dengan rakyat Brunei yang tidak mahu undang-undang Islam.” 

Menyifatkan sistem Syariah sebagai tidak adil kepada golongan minoriti terutamanya kepada golongan transgender, Dorian Wilde turut mempersoalkan keperluan wujudnya sistem Syariah di Malaysia. 

ARTIKEL BERKAITAN : Amalan Islam kerap dipersoal sejak PH tadbir

“Terlalu banyak sistem-sistem Islam yang perlu dibayar. Seseorang perlu merasa hairan, adakah sistem-sistem tersebut diperlukan? Mengapa sistem sivil tidak boleh dirujuk kepada semua orang?” 

Dakwanya lagi, sistem Syariah hanya menghabiskan duit negara. 

“Access to justice in the Syariah system is appalling. It’s also using up the country’s money.” 

Mengaku sebagai rakyat yang peduli terhadap negaranya, Dorian Wilde mendakwa bahawa dia mempunyai hak untuk menyatakan tentang perkara ini. 

“I sibuk kerana I peduli tentang negara I dan rakyatnya.” – Menara.my
Nak sangat undang Islam, please la pindah ke Brunei – Presiden Paknyah Malaysia Nak sangat undang Islam, please la pindah ke Brunei – Presiden Paknyah Malaysia Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 16, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...