Nak kenakan KJ, Maszlee tak sengaja tuduh Muhyiddin curi susu sekolah



Menteri Pendidikan Dr Maszlee di halaman Facebook milik beliau dilihat cuba untuk membidas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (KJ) dengan mengatakan bahawa berlakunya korupsi di dalam Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di era Barisan Nasional (BN) dahulu seperti mana yang dilapor oleh Jabatan Audit Negara.

Malangnya, Laporan Audit yang Dr Maszlee lampirkan itu adalah Laporan Audit tahun 2015 atau lebih tepat dari 2 Ogos sehingga 2 Oktober 2015.

Sepertimana yang diketahui Dato' Seri Mahadzir Khalid menjadi Menteri Pendidikan pada Julai 2015 itu sebulan sebelum audit dijalankan.
Adalah tidak munasabah jika baru satu bulan masuk ofis, Dato Mahadzir curi susu sekolah dan ‘ditangkap’ dengan audit.

Untuk makluman Dr Maszlee, pengagihan susu dijalankan pada awal tahun. Manakala audit pula dilakukan pada penghujung tahun. 

Jika kita lihat, apa yg audit lakukan adalah dari sudut dokumentasi. Bermaksud, jika audit bermula dari 2 Ogos 2015 - 2 Oktober 2015, ia sebenarnya menilai audit pengagihan susu dari awal tahun 2015.
Ini bermakna Laporan Audit tu merujuk kepada pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu menjawat jawatan Menteri Pendidikan.

Adakah Dr Maszlee telah menyerang Presiden partinya sendiri?

Persoalan yang patut ditanya, adakah serangan itu sengaja dilakukan selepas Tan Sri Muhyiddin mengeluarkan kenyataan terbuka mengarahkan Dr Maszlee meletakkan jawatan sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia? NabeelNaqie/AbuLeman


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]






Nak kenakan KJ, Maszlee tak sengaja tuduh Muhyiddin curi susu sekolah Nak kenakan KJ, Maszlee tak sengaja tuduh Muhyiddin curi susu sekolah Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 13, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...