Kenyataan bercanggah, Najib sindir Tony, Guan Eng mungkin tiada group Whatsapp



Baru beberapa hari lalu, pegawai khas kepada Menteri Kewangan kata tindakan syarikat penarafan kredit antarabangsa Moody's untuk menurunkan penilaian prospek Petronas daripada stabil kepada negatif. bukan satu "downgrade".

Selang beberapa hari kemudian, Menteri Kewangan pula kata dia tidak setuju dengan langkah Moody's untuk "downgrade" penarafan Petronas.

Dua kenyataan bercanggah antara satu sama lain dari kementerian yang sama. Mungkin mereka tiada grup Whatsapp.

ARTIKEL BERKAITAN : Outlook Petronas turun kepada negative, tahniah PH – Najib

Terpulang kepada mereka jika tidak mahu mengaku "downgrade" atau tidak bersetuju dengan langkah "downgrade" itu. Hakikatnya, kos peminjaman dan kos untuk kita bayar faedah dah naik, lebih-lebih lagi jika penarafan kredit negara turut terkesan.

Selepas pengumuman Moody's pada Khamis lalu, saya perhatikan nilai Ringgit kita menjunam dari RM4.16 ke RM4.19 pagi ini dan masih mengalami penurunan.

Ini tentu akan menambah tekanan kepada Rizab Antarabangsa Negara yang telah turun setiap bulan selepas PRU14.

Langkah Moody's untuk turunkan penarafan Petronas berikutan belanjawan 2019 di mana kerajaan akan menjarah Petronas untuk membayar dividen RM26 bilion untuk tahun ini dan RM54 bilion untuk tahun depan berbanding RM16 bilion untuk tahun 2017 di bawah kerajaan BN. - Najib Razak


Kenyataan bercanggah, Najib sindir Tony, Guan Eng mungkin tiada group Whatsapp Kenyataan bercanggah, Najib sindir Tony, Guan Eng mungkin tiada group Whatsapp Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 12, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...