Najib sekolahkan Maszlee sibuk pasal kasut tak sedar kementerian sendiri ada RMT



KUALA LUMPUR 7 Nov. - Sejak kebelakangan ini bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerap ‘menyekolahkan’ menteri Kabinet Pakatan Harapan (PH) yang rata-rata tidak berpengalaman dan kali ini Menteri Pendidikan, Maszlee Malik pula menjadi sasaran.

Najib menyindir menteri berkenaan kerana membuat pengumuman tentang Rancangan Makanan Tambahan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan sejak 1979 lagi.

“Mungkin hasil berjalan sampai ke Jepun inilah dia boleh terfikir idea bernas ini.

“Tapi sebab terlalu hebat mengkaji, beliau terlepas pandang bahawa Rancangan Makanan Tambahan ini sejak tahun 1979 lagi dah Kementerian Pendidikan sediakan,” katanya dalam hantaran Facebook peribadinya hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Skim sarapan percuma sudah ada, namanya RMT wahai Dr Maszlee

“Kita beri RM2.50 seorang sehari untuk Semenanjung Malaysia dan RM3.00 seorang sehari untuk pelajar di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan,” kata Najib.

Mungkin Maszlee, kata Najib, terlalu sibuk perihal warna pakaian seragam pelajar beliau tidak perasan Kerajaan PH sendiri sudah memotong peruntukan untuk Rancangan Makanan Tambahan dalam Belanjawan 2019.

“Tidak payah ke Jepun nak tahu atau belajar perkara macam ini. Tidak perlu ‘pandang ke Timur’. Lebihkan masa memahami operasi kementerian,” kata Najib. “Agak-agak beliau nak kaji apa lagi lepas ini?” – Najib Razak

Najib sekolahkan Maszlee sibuk pasal kasut tak sedar kementerian sendiri ada RMT Najib sekolahkan Maszlee sibuk pasal kasut tak sedar kementerian sendiri ada RMT Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 07, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...