Najib: Rombak Kabinet terlalu awal bukti menteri PH tak berwibawa



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, terlalu awal untuk kerajaan Pakatan Harapan melakukan rombakan Kabinet selepas 6 bulan memerintah negara kerana tindakan itu akan membuktikan menteri yang dilantik tidak berwibawa.

Bekas perdana menteri itu berkata, lazimnya rombakan Kabinet dilakukan selepas setahun atau 18 bulan sesebuah parti mentadbir negara.

“Adakah kepimpinan sekarang tidak percaya dengan Kabinet sendiri? Biasanya rombakan Kabinet berlaku dalam satu tempoh yang lama sedikit.

ARTIKEL BERKAITAN : Rombakan Kabinet: Maszlee, Rina tersingkir, Mustapha kembali?

“Kalau berlaku dalam sehari dua ini, maka ia satu keputusan yang tidak ikut kelaziman dalam negara ini, boleh bawa kepada tafsiran bahawa menteri-menteri yang dilantik tidak berwibawa, tidak menjalankan tugas sebagaimana yang diharapkan,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Dr Mahathir dilaporkan berkata, beliau bersikap terbuka untuk melakukan rombakan Kabinet, jika ada pencalonan baru daripada PKR selepas pemilihan parti yang berakhir hujung minggu lalu.

Bagaimanapun, katanya, ia bergantung kepada budi bicaranya sama ada mahu menerima individu yang dicalonkan kerana beliau berhak memilih anggota Kabinet yang selesa untuk kerja bersama. – FMT
Najib: Rombak Kabinet terlalu awal bukti menteri PH tak berwibawa Najib: Rombak Kabinet terlalu awal bukti menteri PH tak berwibawa Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 14, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...