Najib Razak: Penjelasan isu dana RM2.6 bilion



SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa beliau bukan seorang pencuri, perompak mahupun seorang penyangak

Kenyataan itu dibuatnya melalui perkongsian di Facebook Live sebentar tadi berkenaan dakwaan dan tohmahan mengenai dana RM 2.6 bilion ke atas dirinya.

Najib berharap mudah-mudahan apabila sampai pada masanya kebenaran akan muncul dan segala tuduhan serta tohmahan ke atas dirinya akan lenyap.

ARTIKEL BERKAITAN : Najib ditipu Al Jazeera, janji topik lain tapi ditemu bual topik lain

"Tidak ada sesiapa yang tidak akan tersinggung apabila dilempar dengan pelbagai tohmahan seperti itu.

"Saya telah berkhidmat sekian lama dalam kerajaan untuk rakyat dan telah melakukan yang terbaik serta telah memberi khidmat bakti yang bersungguh-sungguh," katanya.

Najib berkata, bukan senang untuk dia hendak menjelaskan tentang isu dana RM2.6juta  kerana telah menjadi kes mahkamah.

"Saya berdoa agar kebenaran akan timbul dan Insya-ALLAH saya dapat membersihkan nama saya.

ARTIKEL BERKAITAN : Terkulainya Al Jazeera di tangan Pendekar Najib

"Namun saya yakin dan percaya bahawa pihak saya mempunyai bukti," katanya.

Dalam siaran Facebook Live yang berdurasi hampir 12 minit itu, Najib berkata, beliau mengakui isu RM2.6 bilion menjadi salah satu yang menyumbang kepada kekalahan BN dalam pilihan raya umum lalu.

"Tular kononnya saya menipu tentang dana itu dan sejujurnya saya tidak pernah berbohong tentang hal itu," katanya. – SH


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Najib Razak: Penjelasan isu dana RM2.6 bilion Najib Razak: Penjelasan isu dana RM2.6 bilion Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 06, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...