Najib dedah PH sengaja tak mahu ECRL untuk rakyat Pantai Timur



Saya ada soalan matematik mudah untuk kerajaan PH.

Projek ECRL untuk merancak dan membangun ekonomi rakyat pantai timur dan akan memberi pulangan ekonomi kepada negara menelan kos RM55 bilion.

Pendirian kerajaan PH ialah hutang tempoh 20 tahun untuk projek ini yang kadar faedahnya 3.25% sungguh membebankan dan mendakwa kita tidak mampu melaksanakan projek ini.

Kalau dibahagikan jumlah hutang RM55 bilion kepada ansuran 20 tahun, maksudnya kos ansuran termasuk faedah ialah sekitar RM2.85 bilion setahun.

Tetapi, kerajaan PH memaksa Petronas membayar dividend RM80 bilion (2018: RM26b, 2019: RM54b) untuk tahun ini dan tahun depan.

Kerajaan PH juga sanggup melepaskan hasil RM25 bilion setiap tahun apabila menukar dari GST kepada SST iaitu satu langkah yang banyak menguntungkan ekonomi gelap dan orang kaya yang sering mengelak cukai.

Jadi, adakah dividen RM80 bilion dari Petronas ataupun hasil tambahan RM25 bilion setiap tahun tidak cukup untuk membayar kos ECRL sebanyak RM2.85 bilion setiap tahun?

Adakah rakyat pantai timur tak layak menerima pembangunan atau peluang meningkatkan ekonomi mereka? – Najib Razak


Adakah wang yang diambil dari PETRONAS - 80b 2 tahun @ wang GST - 25b setahun, tidak cukup untuk bayar ECRL - 2.85b setahun?


Najib dedah PH sengaja tak mahu ECRL untuk rakyat Pantai Timur Najib dedah PH sengaja tak mahu ECRL untuk rakyat Pantai Timur Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 13, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...