Musa Aman mengaku tak bersalah 35 tuduhan rasuah



BEKAS Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini atas 35 tuduhan rasuah berhubung kontrak konsesi balak di negeri Sabah membabitkan wang berjumlah AS$63.3 juta.

Musa yang memakai kot hitam dan bersongkok serta menggunakan tongkat memahami setiap pertuduhan yang dibacakan dua jurubahasa mahkamah terhadapnya.

"Minta bicara," katanya dari kandang tertuduh selepas diminta pengakuan daripada Hakim Rozina Ayob.

Mengikut tuduhan, Musa sebagai seorang ejen kerajaan negeri Sabah iaitu Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, secara rasuah memperoleh untuk diri beliau suapan daripada enam individu iaitu wang keselurusan berjumlah AS$63.3 juta (RM263,460,962.31).

Wang suapan itu ialah sebagai dorongan untuk melakukan perbuatan berhubung hal ehwal prinsipal beliau, iaitu memberikan kontrak konsesi balak Sabah kepada beberapa syarikat antaranya Syarikat Segar Tepat Sdn Bhd dan J V Lestari Sdn Bhd.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tujuh bank dan institusi kewangan di luar negeri, antaranya HSBC Bank, Claymore Plaza dan Ocean Tower serta Credit Suisse, Raffles Place di Singapura dan Citi Bank Kowloon, UBS AG Bank, Central dan JP Morgan Chase Manhattan Bank di Hong Kong, China


Semua tuduhan terhadap Musa adalah mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 Akta sama.

Jika disabitkan, beliau boleh dihukum maksimum penjara 29 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah afau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan jika ia dapat dinilai dalam bentuk wang, atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi.

Pendakwaan dijalankan pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Datuk Seri Gopal Sri Ram manakala Musa diwakili peguam Amer Hamzah Arshad.

Sri Ram menawarkan Musa diikat jamin dengan jumlah jaminan RM5 juta bagi semua tuduhan. - HM
Musa Aman mengaku tak bersalah 35 tuduhan rasuah Musa Aman mengaku tak bersalah 35 tuduhan rasuah Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 05, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...