Mungkin kebetulan, One City ada kaitan dengan Mahathir?



Kawasan tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights di Subang Jaya adalah milik One City Development Sdn Bhd.

One City pula adalah anak syarikat kepada syarikat hartanah tempatan MCT Bhd (MCT).

MCT pula, pegangan saham terbesarnya dimiliki oleh syarikat hartanah konglomerat terkemuka Filipina, Ayala Corporation.

Ayala memiliki kepentingan saham 66.25 peratus dalam MCT dan pemaju hartanah terbesar Filipina itu dilaporkan memiliki bahagian pasaran di Bursa Saham Filipina berjumlah kira-kira RM53.69 bilion.



Mengikut carian di internet, Ayala mempunyai kepentingan di dalam syarikat arak San Miguel. 

Sepertimana yang didakwa oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim sebelum ini, San Miguel adalah milik Mirzan iaitu anak kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson turut mendakwa syarikat arak San Miguel itu dibeli secara tunai dengan harga 2.9 bilion.

Pelik tetapi benar, namun mungkin ianya hanya kebetulan. Boleh pula ada kaitan dengan Perdana Menteri.



Menambahkan lagi kepelikan, salah seorang peguam One City yang dituduh mengupah 50 orang gangster untuk memporak perandakan Kuil Sri Maha Mariamman itu pula adalah Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mana beliau juga adalah peguam kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun One City telah menafikan mereka terlibat mengupah gangster dan firma guaman yang mewakili One City juga telah menafikan dakwaan yang sama.

Oh ya, baju PPBM dan sampul surat PPBM juga dijumpai di salah satu kereta penceroboh. Dan ada netizen yang mengecam individu tersebut.

Sekali lagi, mungkin ia kebetulan. – AbuLeman





Rujukan:




ARTIKEL BERKAITAN :


















Mungkin kebetulan, One City ada kaitan dengan Mahathir? Mungkin kebetulan, One City ada kaitan dengan Mahathir? Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 29, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...