Muhyiddin arah Maszlee segera lepas jawatan presiden UIAM



Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik 'dinasihatkan' supaya segera melepaskan jawatan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan segera, kata Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga menteri dalam negeri, berkata kerajaan dan parti telah membuat keputusan tersebut namun anggota parlimen Simpang Renggam itu meminta sedikit masa untuk berbuat demikian.

ARTIKEL BERKAITAN : Maszlee berang ditanya bila nak letak jawatan

"Ini keputusan kerajaan dan juga parti, dan beliau tahu dan terima keputusan tersebut...atas sebab itu saya suka menasihatkan beliau untuk berbuat demikian secepat yang mungkin," katanya mengulas kedudukan Maszlee sebagai presiden UIAM yang dipersoalkan kelayakannya kerana memegang portfolio sebagai menteri Kabinet.

Muhyiddin berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Penguatkuasaan Undang-Undang (JPU) di Putrajaya hari ini yang turut dihadiri Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Sebelum ini, media memetik kenyataan pegawai khas Maszlee bahawa Maszlee akan melepaskan jawatan tersebut selepas menyelesaikan beberapa isu termasuk mencari pengganti.


Ganti Rais Yatim

Maszlee dilantik sebagai presiden UIAM ketujuh selama tiga tahun pada September lepas setelah diperkenankan oleh Ketua Perlembagaan UIAM, Sultan Ahmad Shah. Beliau menggantikan Dr Rais Yatim yang tamat kontrak pada Julai lepas.

Berhubung hasrat Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju untuk menyertai Bersatu, Muhyiddin berkata parti itu mempunyai prinsip dan hanya menerima individu yang tidak memiliki rekod buruk.

"Orang kenal dia (Ali Tinju) bukan atas cerita yang bagus ...tak kan orang macam itu kita nak terima masuk," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN : Tak tahan tekanan, Maszlee setuju lepas jawatan UIA

Ditanya berkenaan sokongan terbuka wakil rakyat DAP terhadap Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), Muhyiddin berkata beliau tiada masalah mengenainya kerana keputusan akhir meratifikasi ICERD terletak kepada kerajaan.

"Kita tidak membataskan sesiapa daripada mengemukakan pandangan kerana pada akhirnya kerajaan yang akan membuat keputusan dan kami bertanggungjawab memutuskan yang terbaik untuk negara," katanya. - Bernama
Muhyiddin arah Maszlee segera lepas jawatan presiden UIAM Muhyiddin arah Maszlee segera lepas jawatan presiden UIAM Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 12, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...