Mufti P Pinang: Fatwa Syiah ‘sesat’ boleh disemak semula


Zaman PH semua ajaran sesat mahu 'dihalalkan'. Punah negara.

PETALING JAYA: Mufti Pulau Pinang berkata fatwa yang menetapkan Syiah sebagai ajaran menyimpang daripada Islam boleh disemak semula selepas mengambil kira konsensus mengenainya hanya bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, perkara itu boleh dilakukan selepas mengambil kira amalan penganutnya yang dilihat masih berada dalam lingkaran ajaran Islam, selain fahaman ASWJ tidak mewakili keseluruhan umat Islam.

Katanya, fahaman Syiah, bagaimanapun, perlu diamalkan secara tertutup kerana berbeza dengan fahaman ASWJ, selain dikhuatiri mengundang kecelaruan, sekali gus menyebabkan perpecahan lebih parah dalam kalangan umat Islam.

“Kita boleh semak semula dan mengiktiraf Syiah, walaupun ada beberapa kumpulan tertentu dalam mazhab ini dianggap terkeluar daripada Islam. Ia perlu dibuat berdasarkan hujah tekstual (Al-Quran dan hadis sahih) serta rasional,” katanya memetik laporan Berita Harian.

ARTIKEL BERKAITAN : Chandra, Faisal gesa batal fatwa Syiah sesat

Wan Salim berkata sesuatu hukum tidak boleh diputuskan berdasarkan kehendak sendiri dan mesti dibuat mengikut dalil dan hujah.

Beliau berpandangan Syiah masih percaya kepada rukun iman, maka mereka masih Islam dan perdebatan berkaitan elemen fiqah pula dibuat berdasarkan imam mereka.

“Lihat kerajaan Arab Saudi membenarkan Syiah di Iran dan Syria mengerjakan ibadah haji. Ia bererti mereka (Syiah) masih diiktiraf sebagai Islam dan bersaudara, walaupun terdapat perbezaan amalan serta perundangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan beberapa pihak membatalkan fatwa berhubung penetapan Syiah sebagai ajaran menyimpang daripada Islam, yang diwartakan pada 1996.

ARTIKEL BERKAITAN : Peguam Negara mahu 'buku Syiah' dihalalkan

Wan Salim akui semakan semula itu akan mengundang ketegangan dalam kalangan umat Islam di negara ini dan ia perlu diatasi melalui siri penjelasan yang berkesan.

“Semua pihak (berkaitan) perlu mainkan peranan mereka. Kita faham perkara ini akan wujudkan ketegangan kerana nak harapkan setiap umat Islam setuju dengan semua perkara itu memang mustahil.

“Bagaimanapun, semakan semula ini bertujuan untuk mengelak daripada memberi peluang kepada musuh mengadu-domba dan mengeksplotasi titik perbezaan umat Islam. Syiah boleh diiktiraf, tetapi bukan untuk diamalkan secara meluas,” katanya.

Semalam, aktivis sosial Dr Chandra Muzaffar menggesa pembatalan fatwa 1996 yang menetapkan Syiah sebagai ajaran yang menyimpang daripada Islam.

ARTIKEL BERKAITAN : "Jangan tangkap Syiah lagi" – Ahli Parlimen PH

Chandra percaya fatwa itu tersilap dan penganut fahaman Syiah tidak bertentangan dengan Islam kerana pengikut mazhab ASWJ, mereka menerima Al-Quran sebagai wahyu dan beriman dengan keesaan Allah.

Isu penindasan agama muncul kembali baru-baru ini apabila Pengerusi Islamic Renaissance Front, Dr Ahmad Farouk Musa mengadu tentang berterusannya kecaman terhadap penganut Syiah dalam khutbah Jumaat dan berkata “tidak berlaku perubahan dalam isu berkaitan Islam” sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kuasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, dalam responsnya berkata, beliau tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan pihak berkuasa agama negeri dalam perkara itu. – FMT

ARTIKEL BERKAITAN : Mahathir minta Sunni terima Syiah
Mufti P Pinang: Fatwa Syiah ‘sesat’ boleh disemak semula Mufti P Pinang: Fatwa Syiah ‘sesat’ boleh disemak semula Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 20, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...