MUKA HODOH: Mudah-mudah je nak hina, apa salah saya? - Aliff Syukri



USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman sekali lagi mencetuskan kemarahan netizen apabila menggunakan perkataan berbaur penghinaan terhadap seorang wanita.

Lebih menimbulkan kekecohan apabila Aliff enggan memohon maaf berhubung keceluparannya itu kerana ia berlaku tanpa sengaja.

"Saya tak mampu nak puaskan hati semua orang, cuba berada di tempat saya, apa anda rasa?

[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

"Mudah-mudah je hina saya. Saya tak sengaja sebut perkataan ugly (hodoh).

"Sikit-sikit kecoh, sikit-sikit viral, apa anda nak daripada saya sebenarnya?,” kata Aliff di Instagram miliknya.

Ahad lalu sewaktu siaran langsung program Gegar Vaganza, Aliff menyifatkan wajah seorang penonton wanita seakan bomoh semasa mempromosikan produk kosmetiknya.

Tindakan Aliff, 31, turut mengundang rasa kurang senang daripada beberapa selebriti tempatan antaranya Caprice dan pelawak Harith Iskander.


“Selalunya saya tidak mempedulikan perlakuan orang bodoh.

“Tetapi kadang-kadang saya tak boleh diamkan diri apabila mereka melakukan sesuatu yang membencikan,” tulis Harith di Instagram.

Sementara itu penyanyi dan usahawan Caprice menyifatkan tindakan Aliff sebagai tidak beretika dan keterlaluan.

"Saya tak tahu siapa wanita itu, namun dia mungkin isteri seseorang.

"Ini satu lagi bukti bahawa wang tidak mampu membeli class,” katanya. - MS

[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
MUKA HODOH: Mudah-mudah je nak hina, apa salah saya? - Aliff Syukri MUKA HODOH: Mudah-mudah je nak hina, apa salah saya? - Aliff Syukri Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 07, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...