Maszlee berang ditanya bila nak letak jawatan



Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dengan muka yang bengang enggan mengesahkan berita mengenai perletakan jawatan beliau sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) apabila ditanya oleh wartawan di satu sesi sidang akhbar pada hari konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Maszlee yang hadir untuk menyampaikan menyampaikan skrol kepada para graduan di UIAM ketika ditanya wartawan sama ada majlis ini yang terakhir dihadirinya sebagai Presiden, beliau tidak mengesahkan mahupun mengiyakan dan bertanya kembali kepada wartawan dimana mendapat berita itu.

ARTIKEL BERKAITAN : Tak tahan tekanan, Maszlee setuju lepas jawatan UIA

Selepas menjawab berita itu datang dari pegawainya, Maszlee yang dilihat kurang selesa dengan soalan itu kemudian menjawab isu perletakan jawatannya tidak harus dibincangkan ketika majlis yang bermakna (istiadat konvokesyen) sedang berlangsung.

Justeru Maszlee merayu perkara itu dibincangkan pada hari lain.

Semalam media yang memetik sumber melaporkan Maszlee bersetuju untuk meletakkan jawatan sebagai presiden UIAM. - MK


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Maszlee berang ditanya bila nak letak jawatan Maszlee berang ditanya bila nak letak jawatan Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 10, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...