Lelaki itu salah, beri sample arak juga salah



1. Cara individu menangani isu dengan merakam aksi pekerja yang memberi sample arak kepada pelanggan secara rawak dan terbuka itu tidak betul. Akibatnya dia memburukkan orang Melayu Muslim lain tanpa disedari.

2. Bagaimanapun ia bukanlah bermaksud tindakan syarikat itu betul dengan meletakkan pekerja untuk memberi sample arak secara terbuka.

3. Pertama kali dalam hidup saya mendapati promosi beer dengan memberi sample/tester dibuat di rangkaian supermarket Giant (atau supermarket lain).

4. Selama ini hanya produk jenis susu atau minuman lain yang disediakan pekerja atau promoter untuk memberikan sample minuman kepada pelanggan.

5. Yang saya faham mengikut Peraturan yang wujud, minuman beer hanya boleh dijual dalam container botol atau can (tin) sahaja, bukannya terbuka.

6. Kalau mahu minum beer terbuka seperti 'draught beer' pelanggan perlu ke Rumah Awam (Lesen Eksais Kastam) atau beli beer botol/tin di restoran berlesen dan duduk minum di situ. Di T-shirt promoter itu pula tertulis Carlsberg Draught.

7. Promosi jenama beer secara tester di supermarket walaupun di bahagian Non-Halal ianya satu 'non-ethical practice' atau sesuatu yang tidak beretika; tidak sensitif terhadap pelanggan-pelanggan supermarket yang beragama Islam dan yang tidak minum minuman keras, juga kepada pelanggan di bawah umur.

8. Ia juga melanggar peraturan penjualan beer dan arak.

9. Pekerja promotor itu pula dikatakan masih remaja iaitu baru sahaja menamatkan persekolahan walaupun dikatakan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Satu lagi exploitasi syarikat terhadap individu di bawah umur.


10. Bagi saya semua ini satu rancangan provokasi atau agenda terancang yang dibuat oleh syarikat beer atau pengedar beer itu. Kesannya amat buruk sekali kepada masyarakat majmuk Malaysia.

– Abas Saad/AbuLeman


Rujukan:

1. Undang-undang Kawalan Penjualan Arak Selangor


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]


Lelaki itu salah, beri sample arak juga salah Lelaki itu salah, beri sample arak juga salah Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 21, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...