Lebih 114,000 mahu Waytha Moorthy dipecat



Lebih 114,000 rakyat dari seluruh negara telah menandatangani petisyen, menuntut perlucutan jawatan P Waytha Moorthy sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Senator Dewan Negara.

Setakat jam 5 petang ini, petisyen bertajuk ‘Menuntut perlucutan jawatan P Waytha Moorthy sebagai Menteri di Jabatan PM dan Senator’ itu sudah mengumpul lebih 114,400 tandatangan.

Petisyen itu dilancarkan sejak 22 jam lalu oleh Gerakan Pengundi Sedar (GPS) menggunakan platform Change.Org.

Petisyen tersebut yang dimulakan oleh Aiman Haziq menuntut perlucutan jawatan P Waytha Moorthy kerana menteri itu telah memburukkan imej negara di peringkat antarabangsa dengan menyebarkan fitnah mengenai pencabulan hak asasi terhadap kaum minoriti.

Waytha Moorthy mendakwa, rakyat Malaysia yang beragama Hindu kononnya telah didiskriminasi kerana perlu memeluk Islam jika mahu mendapatkan pekerjaan dalam sektor-sektor awam serta rumah-rumah ibadat mereka telah dirobohkan sesuka hati oleh pihak-pihak berkuasa di Malaysia.

[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) itu turut mendakwa rumah-rumah ibadat masyarakat beragama Hindu dirobohkan sesuka hati oleh pihak-pihak berkuasa di Malaysia.

“Selain itu, Moorthy berkeras mahu meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) atas kapasitinya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri walaupun mendapat tentangan yang hebat daripada kaum Bumiputera.

“Waytha juga gagal untuk mengawal ketegangan kaum yang semakin memuncak sejak akhir-akhir ini walaupun telah diberikan mandat untuk berbuat demikian sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bahagian Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial,” kata petisyen itu.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah klip video kenyataan Waytha Moorthy yang memfitnah dan mengaibkan Malaysia di luar negara.

Video berdurasi 2 minit 39 saat itu menunjukkan Waytha Moorthy membuat kenyataan menerusi wawancara dengan sebuah rancangan televisyen luar negara yang menuduh Malaysia yang dikuasai Melayu Islam menindas penganut Hindu dan masyarakat India.

Tandatangan petisyen di sini.

[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Lebih 114,000 mahu Waytha Moorthy dipecat Lebih 114,000 mahu Waytha Moorthy dipecat Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 19, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...