Lampu HID haram, denda RM2,000, penjara 6 bulan



KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan mengenai larangan penggunaan lampu kereta HID atau High Intensity Discharged yang boleh menyebabkan gangguan penglihatan pengguna jalan raya lain sekali gus mendatangkan kemudaratan.

Menurut portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pemasangan lampu HID sebagai aksesori adalah tidak dibenarkan kecuali penukaran keseluruhan sistem lampu berkenaan yang mendapat akreditasi daripada SIRIM.

Kenderaan yang didapati menggunakan lampu HID akan dikenakan tindakan di bawah Kaedah 94 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Kegunaan) 1959 dan jika disabit bersalah, pemilik kenderaan boleh dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan di bawah Seksyen 119(1) APJ 1987.


Lampu HID ini merupakan lampu yang tidak menggunakan filamen tetapi gas Xenon dan dikatakan tahap keterangan lampu ini adalah tiga kali ganda berbanding lampu kereta halogen yang didapati pada kebanyakan kenderaan.

Penggunaan lampu HID semakin berleluasa digunakan sehingga menimbulkan rasa kurang senang pengguna jalan raya lain kerana kecerahan lampu itu disifatkan menyilaukan dan boleh merosakkan mata.

Begitu juga jika kenderaan yang menggunakan lampu HID ini datang dari arah belakang boleh membuatkan pemandu di hadapan silau dan tidak dapat memandang cermin pandang belakang.

Mana-mana pemandu akan diberi masa selama 10 hari untuk menukar semula lampu HID kepada lampu asal. – JPJ


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Lampu HID haram, denda RM2,000, penjara 6 bulan Lampu HID haram, denda RM2,000, penjara 6 bulan Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 21, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...