"Kita bukan nak serang kuil, cuma jangan pijak Melayu"



Menjelang tengah malam, polis cuba menyuraikan sekumpulan kecil kira-kira 60 individu yang berkumpul berhampiran kuil Seafield Sr Maha Mariamman di Subang Jaya yang menjadi lokasi rusuhan dua hari berturut-turut.

Kumpulan berbaju hitam itu berkumpul di jalan berhampiran kira-kira 50 meter dari kuil yang dipisahkan Lebuhraya LDP.

Mereka menjelaskan bahawa kehadiran mereka bukan untuk mencetuskan kekacauan.

"Kita datang sini bukan nak serang kuil, tempat orang sembahyang. Tidak. Kita datang sini nak tunjuk betapa kita orang Melayu semua, jangan pijak orang Melayu. Jangan pijak kita, jangan paksa kita. Itu saja.

"Kita nak tunjuk pada mereka. Mereka pukul orang awam, kita tidak akan pukul orang awam, kita tak akan serang. Kita ada akal.

"Kita datang sini nak buat apa? Kita nak berhimpun secara aman, itu saja yang kami nak," kata salah seorang dari kumpulan itu. - MK





[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]


ARTIKEL BERKAITAN :


















"Kita bukan nak serang kuil, cuma jangan pijak Melayu" "Kita bukan nak serang kuil, cuma jangan pijak Melayu" Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 28, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...