KHATAN: Amalan Islam kerap dipersoal sejak PH tadbir



SECARA tiba-tiba, di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH), amalan agama umat Islam di Malaysia yang telah diamalkan selama ini mula dipersoalkan oleh pelbagai pihak.

Amalan agama ini juga disebut sebagai budaya walaupun sebenarnya ia satu amalan yang digalakkan dalam ajaran Islam bagi pengikut mazhab Syafie.

Semalam, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengkritik pendirian kerajaan yang disampaikan kepada PBB kerana menerima amalan khatan bagi kanak-kanak perempuan.

Suhakam yang berpegang pada pandangan liberal menyifatkan khatan kanak-kanak perempuan sebagai female genital mutilation (FGM), bermaksud mutilasi alat kelamin perempuan.

Pelbagai pihak telah menjawab dakwaan salah ini, yang menyamakan FGM dengan khatan yang diamalkan umat Islam di negara ini.

Kerajaan, melalui Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersikap defensif apabila berkata perkara ini akan dirujuk pada Kementerian Kesihatan.

“Kami sedang dalam perbincangan dengan kementerian kesihatan, kerana ia sebenarnya lebih kepada budaya yang telah diamalkan sejak sekian lama.

“Tetapi amalan kita tidak sama dengan yang diamalkan di Afrika.

“Tetapi kita tetap akan membincangkan hal ini dan menelitinya. Kalau tiada apa-apa faedah daripadanya, maka kita patut berbuat sesuatu,” katanya kepada pemberita di parlimen hari ini.

Wan Azizah menyatakan “kalau tiada apa-apa faedah daripadanya”, yang membayangkan hal ini masih terbuka pada pandangan pelbagai pihak, dan boleh diharamkan nanti.

Selain Kementerian Kesihatan, kerajaan lebih wajar merujuk kepada pihak berautoriti dalam agama, termasuk para mufti dan agamawan mewakili Islam mazhab utama negara ini.

Pendirian kerajaan ini menunjukkan semakin banyak hal ehwal umat Islam boleh dijadikan masalah dan isu hingga menganggu ketenangan dan keharmonian umat Islam. – Mynewshub.tv
KHATAN: Amalan Islam kerap dipersoal sejak PH tadbir KHATAN: Amalan Islam kerap dipersoal sejak PH tadbir Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 15, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...