Khalid menjunjung perintah tak sebut lagi Harapan Coin – Guan Eng



Berani ke lawan tokong? 

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata beliau telah memberitahu dengan menteri berkenaan supaya tidak lagi membuat sebarang pengumuman mengenai Harapan Coin.

Katanya, sebarang keputusan perlu melalui Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara dan Kementerian Kewangan terlebih dahulu.

"Saya sudah berkomunikasi dengan menteri yang membuat kenyataan tersebut dan beliau telah setuju untuk tidak membuat sebarang kenyataan mengenainya (Harapan Coin) lagi,” kata Lim.

ARTIKEL BERKAITAN : HARAPAN COIN: Mencurigakan, siapa sebenarnya yang untung? – Najib Razak



"Ia hanya satu kenyataan (beliau) tetapi beliau tidak sedar ia akan mendapat liputan meluas dan beliau bersetuju bahawa pada masa akan datang semua ini sepatutnya diajukan melalui Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti dan Kementerian Kewangan.”

Meskipun tidak menamakan menteri tersebut tetapi ia dipercayai ditujukan kepada Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad yang menjadi pengasas mata wang kripto itu.

Sementara itu, Lim berkata sekarang masih terlalu awal untuk membuat pengumuman mengenai mata sebarang mata wang kripto.

ARTIKEL BERKAITAN : Khalid berbohong, Jack Ma tak pernah kata mata wang kripto teknologi masa depan



Lim berkata, seelok-eloknya tunggu pada suku pertama tahun depan sehingga pengawalan rangka kerja disiapkan.

"Kami cadangkan supaya tunggu pengawalan rangka kerja disiapkan terlebih dahulu. Jika tidak akan terdapat kekeliruan.

"Jadi tolong tunggu pada suku pertama. Jika pengumuman dibuat ketika pengawalan rangka kerja belum diumumkan lagi, saya rasa ia pramatang dan tidak boleh dipasarkan," katanya. - MK

ARTIKEL BERKAITAN : Islam larang guna bitcoin – Mufti Wilayah

Khalid menjunjung perintah tak sebut lagi Harapan Coin – Guan Eng Khalid menjunjung perintah tak sebut lagi Harapan Coin – Guan Eng Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 29, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...