Khalid berbohong, Jack Ma tak pernah kata mata wang kripto teknologi masa depan



Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad mempertahankan usaha beliau memperkenalkan projek mata wang kripto, Harapan Coin.

“Pengasas Alibaba Group, Jack Ma pun kata ini teknologi masa depan, lalu apa yang hairannya?”

“Bila kita mentadbirnya dan menggunakannya dengan baik akan ada nilai. Orang semua akan beli dan harga dia akan naik bila kita gunakan Harapan Coin dalam urusan dengan kerajaan dan sebagainya,” Khalid dipetik sebagai berkata oleh FMT malam tadi.

ARTIKEL BERKAITAN : HARAPAN COIN: Mencurigakan, siapa dalang dan siapa sebenarnya yang untung? – Najib Razak



Namun selepas diperiksa kenyataan Khalid itu adalah satu pembohongan apabila beliau mereka kata-kata Jack Ma yang kononnya mata wang kripto adalah teknologi masa depan di mana ia seolah-olah telah diberikan pengiktirafan oleh orang paling kaya China itu.

Dari satu rakaman video secara jelas pengakuan Jack Ma bukanlah peminat mata wang kripto dan beliau tidak mempunyai pengetahuan yang jelas tentangnya.

Walaupun Jack Ma memuji teknologi yang digunakan disebalik mata wang itu, namun transaksi mata wang yang dilihat tidak telus itu menjadi punca utama Jack Ma tidak menjadikan mata wang itu sebagai keutamaannya.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana mata wang yang serba rahsia itu mampu untuk bekerjasama atau dapat mengikut aturan perundangan di banyak negara.

Persoalan yang perlu ditanya adalah, jika Jack Ma sendiri tidak mempunyai pengetahuan yang jelas tentang mata wang kripto, bagaimana beliau boleh mengiktiraf ia adalah teknologi masa depan?




Jack Ma juga dengan tegas menyatakan dunia masih tidak bersedia untuk mata wang itu.

Sehingga kini Jack Ma masih belum menarik semula kenyataannya itu.

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pula di halaman Facebook miliknya mendesak Khalid mendedahkan dalang sebalik projek Harapan Coin itu.

Najib berkata beliau meragui agenda memperkenalkan matawang digital itu untuk transaksi kerajaan seperti pembayaran lesen dan saman.

Sedangkan dalang disebalik projek Harapan Coin itu pun ramai yang tidak ketahui termasuk 'orang besar' Pakatan Harapan itu sendiri, bagaimana ia akan memberi impak yang baik kepada rakyat?

Antaranya Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar yang mempersoalkan idea berkenaan di laman Twitternya.



Seorang peniaga kripto turut mempersoalkan mengapa nilai tidak diberikan kepada ICO Harapan Coin.

Terdapat banyak laporan berkaitan ICO yang gagal dalam beberapa bulan pertama – menyebabkan hanya segelintir pihak mendapat untung dan selebihnya rugi.

Kerajaan China telah mengharamkan segala bentuk ICO sejak 2017. – MK/AbuLeman


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Khalid berbohong, Jack Ma tak pernah kata mata wang kripto teknologi masa depan Khalid berbohong, Jack Ma tak pernah kata mata wang kripto teknologi masa depan Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 15, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...