KERAjaan PH perlu henti salahkan kerajaan lama, kata Daim



KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Harapan perlu memberi tumpuan kepada usaha menunaikan janji kepada rakyat yang mengundi mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 dan melupakan apa yang berlaku pada masa lalu, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin.

Beliau berkata, apa yang berlaku pada masa lalu adalah sejarah dan pentadbiran baharu perlu berhenti menyalahkan kerajaan sebelum ini yang memerintah selama 61 tahun.

"Enam bulan sudah cukup. Kini, kerajaan perlu memberi tumpuan kepada menunaikan janji. Rakyat tahu apa yang berlaku dan itulah sebabnya mereka mengundi untuk menyingkirkan kerajaan terdahulu. Oleh itu, adalah penting bagi mereka untuk tidak mengulangi kepimpinan (kesilapan) yang sama," katanya kepada pemberita di Siri Persidangan Affin Hwang Capital 2018 di sini, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Mahathir sedia tanggung dosa tak tunai manifesto

Daim berkata, kerajaan harus berusaha untuk memulihkan keyakinan di kalangan pelabur untuk menarik mereka kembali ke negara ini.

"Dalam tempoh enam bulan yang lalu, kerajaan telah jelaskan apa yang perlu dilakukan dan telah mengambil pelbagai langkah kecil dan besar, bagaimanapun destinasi kita masih jauh," katanya.

"Orang ramai tidak sabar, mereka mengundi untuk perubahan dan mahu melihat keputusan dengan segera. Janji telah dibuat tetapi apabila kerajaan mengambil alih, tiba-tiba mendapati bahawa perbendaharaan itu kosong.

"Bagaimana mereka akan memenuhi janji-janji itu? Jadi ia akan mengambil masa," katanya.

Keadaan itu berlaku kerana dari kesilapan kerajaan hari ini memansuhkan GST dan memberikan 'tax holiday' selama tiga bulan yang mengakibatkan kerajaan kehilangan banyak dana.

ARTIKEL BERKAITAN : Hujah mantap Mat Maslan membuatkan KERAjaan PH terdiam

Ahli perniagaan kelahiran Kedah, ahli politik dan bekas Menteri Kewangan yang bersara 20 tahun yang lalu itu berkata, beliau bersyukur kerana beliau telah bersara.

"Saya tidak mahu berada di kedudukan itu, sebab itu saya bersara," katanya.

Diminta mengulas mengenai Belanjawan 2019, beliau berkata, ia sejajar dengan perjalanan Malaysia baharu.

Daim menegaskan bahawa kawalan modal mungkin tidak berfungsi untuk Malaysia sekarang kerana keadaan pasaran telah berubah, berbanding krisis kewangan Asia 1997-1998.

ARTIKEL BERKAITAN : Ringgit terus jatuh, cecah pasaran terendah

"Dasar yang sama tidak akan berfungsi hari ini dan saya menasihat kerajaan untuk tidak melaksanakan kawalan modal sekarang," katanya.

Daim berkata, pengumuman dividen khas Petronas RM30 bilion yang diumumkan dalam belanjawan baru-baru ini tidak akan menjadi masalah kerana syarikat minyak negara mampu membuat pembayaran itu kepada kerajaan. - BERNAMA/AbuLeman
KERAjaan PH perlu henti salahkan kerajaan lama, kata Daim KERAjaan PH perlu henti salahkan kerajaan lama, kata Daim Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 08, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...