KERAjaan PH kaji semula kewajaran khatan bayi perempuan Islam



Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan berhubung isu khatan bagi bayi perempuan yang beragama Islam.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata keputusan tersebut merupakan susulan daripada kritikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) terhadap Putrajaya kerana kenyataannya mengenai khatan bayi perempuan di Malaysia sebagai satu amalan budaya.

“Kita dalam perbincangan dengan Kementerian Kesihatan kerana sebenarnya ia merupakan praktis budaya yang diamalkan sebelum ini dan cara kita bersunat (berkhatan) tidak sama seperti di Afrika.

ARTIKEL BERKAITAN : KHATAN: Amalan Islam kerap dipersoal sejak PH tadbir

“Tetapi, kita akan buat perbincangan dan lihat jika betul (khatan) pada perempuan tidak beri kebaikan, maka kita harus buat sesuatu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Pengerusi Suhakam Razali Ismail berkata kenyataan daripada wakil kementerian itu dalam program Semakan Berkala Sejagat Pusingan Ketiga di Geneva, Switzerland pada minggu lepas tidak menyakinkan dan disalah tafsir.

Sebelum ini, wakil itu mempertahankan amalan berkhatan di kalangan perempuan dengan mendakwa ia merupakan sebahagian daripada budaya.

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) berkata amalan sunat merupakan pencabulan hak remaja dan wanita.


Netizen mempersoalkan kewajaran Wan Azizah untuk menyemak amalam agama Islam dengan pihak yang tidak tepat. Bukankah jika ia berkaitan dengan amalan agama Islam lebih wajar disemak dengan pakar agama.

Bagaimana jika ada pihak mempertikaikan amalan solat bagi umat Islam?

Adakah Wan Azizah akan menyemak juga kewajaran umat Islam untuk bersolat?

Adakah amalan korban juga akan disemak jika puak pelampau hindu mahu amalan itu dihentikan di negara kita? – AbuLeman
KERAjaan PH kaji semula kewajaran khatan bayi perempuan Islam KERAjaan PH kaji semula kewajaran khatan bayi perempuan Islam Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 17, 2018 Rating: 5

1 comment

  1. Pemerintahan PH dilihat semakin kalot. Perkara2 yang sepatutnya dibuat tidak ditunaikan. Tumpuan hanya kepada perkara2 remeh - kasut hitam, bersunat berkahwin 18th dsb. Rakyat luar bandar khususnya perlukan perhatian ketika tengkujuh, harga Sawit Dan Getah merudum yg perlu Dita gani segera

    ReplyDelete


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...