Kejadian aneh – Padang pasir Arab Saudi banjir



RIYADH – Sebuah rakaman video memaparkan dua lelaki menggembala sekawan unta di kawasan gurun yang digenangi air banjir ketika hujan lebat dan ribut pasir melanda kini tular di internet, lapor rangkaian televisyen Rusia, RT baru-baru ini.

Fenomena luar biasa itu dirakam ketika kawasan timur Arab Saudi mengalami cuaca buruk pada hujung minggu lalu.

Rantau itu dilanda hujan lebat, ribut petir dan angin kencang yang menukar padang pasir menjadi kawasan lembik berair seperti paya menjelang kelmarin.

Klip video itu dirakam di sebatang jalan dekat Tumair, utara Riyadh oleh seorang jurugambar, Fahad Al-Osaimi. Kawanan unta itu pula adalah milik seorang lelaki, Ayedh Al-Massoud. Rakaman video itu pertama kali dikongsi oleh anak lelaki Ayedh, Abd El-El Massoud.

“Saya melihat unta-unta terkandas dan terperangkap akibat hujan lebat dan banjir di rantau Tamir,” Fahad memberitahu stesen televisyen Al-Arabiya.

Klip video itu yang tersebar meluas di media sosial dan turut disiarkan dalam saluran berita tempatan, mendapat pujian ramai penonton. – K!O


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Kejadian aneh – Padang pasir Arab Saudi banjir Kejadian aneh – Padang pasir Arab Saudi banjir Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 21, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...