Kami diserang, bukan dilanggar – Bomba



KUALA LUMPUR 28 Nov.- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menafikan dakwaan anggota bomba yang parah akibat diserang kumpulan perusuh di sekitar Kuil Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights awal pagi semalam telah dilanggar.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohamad Hamdan Wahid berkata, lelaki yang dilihat berada di belakang jentera dalam rakaman video tular bukan Muhammad Adib Mohd. Kassim sebaliknya merupakan seorang anggota lain.

Ujarnya, anggota terbabit merupakan anggota dari pasukan penyelamat yang menaiki jentera FRT bernama Mohd. Hazim Mohd. Rahimi, 31.

“Dakwaan pihak kuil memaklumkan mangsa dilanggar adalah tidak benar sama sekali.

“Kita tidak pernah dimaklumkan mengenai perkara ini daripada anggota yang berada di lokasi kejadian. Jangan buat kenyataan yang tidak berasas,” katanya dalam sidang akhbar di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini. - UO



“Saya turun daripada jentera untuk mengambil hos di sebelah kiri, belum sempat berbuat apa kami telah diserang.

Itu perkara sebenar yang diceritakan oleh anggota dari Unit FRT, Mohd. Hazim Mohd. Rahimi, 31, yang disangka Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, yang cedera akibat dipukul sekumpulan perusuh semalam.

Ujarnya, bimbang akan keselamatan diri, dia terus berlari masuk ke dalam Jentera Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Sebaik saya masuk ke dalam jentera saya terus menutup pintu. Ketika itu saya tidak tahu apa yang berlaku di luar,” katanya ketika ditemukan dalam sidang akhbar di Institut Jantung Negara (IJN), di sini hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohamad Hamdan Wahid juga menafikan dakwaan anggota bomba yang parah akibat diserang kumpulan perusuh di sekitar Kuil Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights awal pagi semalam telah dilanggar.

Katanya, lelaki yang dilihat berada di belakang jentera dalam rakaman video tular bukan Muhammad Adib Mohd. Kassim sebaliknya merupakan seorang anggota lain.

Ujarnya, anggota terbabit merupakan anggota dari pasukan penyelamat yang menaiki jentera FRT bernama Mohd. Hazim Mohd. Rahimi, 31.

“Dakwaan pihak kuil memaklumkan mangsa dilanggar adalah tidak benar sama sekali.

“Kita tidak pernah dimaklumkan mengenai perkara ini daripada anggota yang berada di lokasi kejadian. Jangan buat kenyataan yang tidak berasas,” katanya dalam sidang akhbar itu. - UO



Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan membuat satu laporan polis berhubung dakwaan mengatakan Muhammad Adib Mohd. Kassim cedera akibat dilanggar.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Hamdan Wahid berkata, laporan itu dibuat bagi mempertahankan kenyataan sebelum ini bahawa Muhammad Adib cedera akibat dipukul sekumpulan perusuh.

“Rakaman video telah membuktikan bagaimana keadaan ketika itu. Jadi tiada apa untuk dijelaskan,” katanya dalam sidang akhbar di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.

Tambahnya laporan polis tersebut akan dibuat di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya malam ini. - UO







[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]






ARTIKEL BERKAITAN :



















Kami diserang, bukan dilanggar – Bomba Kami diserang, bukan dilanggar – Bomba Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 28, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...