ICERD: Parlimen tak perlukan orang dungu macam Syed Saddiq – Siti Kasim



PETALING JAYA: Siti Kasim menghentam ketua Pemuda PPBM kerana sayap itu akan menolak pengesahan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sekiranya ia melemahkan atau menghakis fungsi dan kesan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, yang memberi keistimewaan kepada Bumiputera.

Peguam itu dalam catatan di Facebook berkata Parlimen tidak perlukan “dungu” seperti itu.

Siti juga menuduh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat pendirian itu untuk meraih kelebihan politik daripada orang Melayu di kawasannya.



ARTIKEL BERKAITAN : Kita akan tandatangan ICERD kata Dr M

Beliau berkata Ahli Parlimen Muar itu lupa orang bukan Melayu juga mengundinya pada pilihan raya lalu.

Beliau kemudian menyeru rakyat menolak “ahli politik yang memecahbelahkan dan rasis”.

“Ingat orang-orang ini…pada pilihan raya umum akan datang tolak ahli politik seperti itu,” katanya.

Awal hari ini, Syed Saddiq mengumumkan Pemuda PPBM akan menolak proses meratifikasi ICERD sekiranya ia melemahkan atau menghakis fungsi dan kesan Artikel 153 perlembagaan Persekutuan, sistem Raja berperlembagaan, kedudukan Islam, dan mana-mana hak termaktub dalam perlembagaan itu.



ARTIKEL BERKAITAN : ICERD: – Kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera bakal dihapuskan

Beliau berkata pendirian sayap itu berdasarkan persefahaman dan ketetapan bersama parti komponen Pakatan Harapan (PH) untuk meneruskan dan menyejahterakan Malaysia melalui asas dan dasar sedia ada dalam perlembagaan Persekutuan.

Tahun lalu Siti membidas Syed Saddiq kerana petisyen dalam talian oleh Pemuda PPBM Selangor membantah Oktoberfest di negara ini.

Syed Saddiq telah dihubungi dan menunggu jawapan beliau. – FMT
ICERD: Parlimen tak perlukan orang dungu macam Syed Saddiq – Siti Kasim ICERD: Parlimen tak perlukan orang dungu macam Syed Saddiq – Siti Kasim Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 07, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...