ICERD: KERAjaan jamin tak akan mansuh Artikel 153



KERAjaan yang tipu menifesto dan kencing rakyat beri jaminan tak akan mansuh Artikel 153. Siapa nak percaya?

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan tidak akan memansuhkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan sekiranya Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diratifikasikan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P. Waytha Moorthy memberikan jaminan itu pada persidangan Dewan Rakyat ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) yang mahu tahu pendirian kerajaan berhubung perkara itu.

Di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan ia adalah berdasarkan konsep kuota untuk melindungi kepentingan orang Melayu serta pribumi Sabah dan Sarawak bagi kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam.

ARTIKEL BERKAITAN : Kita akan tandatangan ICERD kata Dr M

Waytha Moorthy berkata kerajaan akan mengadakan konsultasi berhubung ICERD bagi mendapatkan pandangan perundangan dari dalam dan luar negara, serta pendapat intelektual masyarakat.

Beliau berkata konsultasi itu yang akan diadakan pada suku pertama 2019 dilaksanakan kerana isu-isu berkaitan ICERD tidak mendapat penjelasan yang menyeluruh  sehingga menimbulkan kebimbangan dan kerisauan rakyat.

"Proses konsultasi ini sesungguhnya menepati pandangan dan nasihat Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) apabila beliau pada Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan bahawa Malaysia baharu dengan teguh mendukung prinsip-prinsip yang diperkenalkan PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) dalam pembabitan antarabangsa kita,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN : ICERD: – Kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera bakal dihapuskan

Dalam soalan asalnya, Azalina mahu kerajaan menyatakan perincian mengenai pengecualian yang akan diberikan kepada Malaysia sekiranya negara mengesahkan ICERD, serta indikator yang menentukan negara telah mencapai objektif seperti terkandung dalam Artikel 1(4) ICERD.

Waytha Moorthy menambah langkah konsultasi perlu dilaksanakan bagi mendapatkan persetujuan tentang ICERD sebelum kerajaan membuat sebarang keputusan muktamad meratifikasi konvensyen itu. – Bernama

ARTIKEL BERKAITAN : ICERD: Parlimen tak perlukan orang dungu macam Syed Saddiq – Siti Kasim
ICERD: KERAjaan jamin tak akan mansuh Artikel 153 ICERD: KERAjaan jamin tak akan mansuh Artikel 153 Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 15, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...