HARAPAN COIN: Mencurigakan, siapa sebenarnya yang untung? – Najib Razak



Harapan Coin? Sangat kreatif idea pemimpin-pemimpin PH kebelakangan ini.

Kalah segala makhluk dan kehidupan di alam semesta ini.

Tak habis lagi cerita Skim FundMyHome yang diragui asal-usul dan manfaatnya, timbul pula cerita Harapan Coin.

Saya belek laman web-nya, dia kata "berpotensi jadi matawang rasmi jika PH menang pilihanraya".

Bahagian penerangan juga penuh dengan retorik dan justifikasi yang tak berasas.

Makin saya belek makin nampak pelik, lagi pelik bila saya perasan ia dikaitkan dengan YB Khalid Samad.




Adakah Bank Negara akan bersetuju dengan Harapan Coin ini dan mengiktirafnya sebagai matawang rasmi?

Begitu bersungguh-sungguh dia mahukan ini. Mengapa?

Siapa sebenarnya yang untung daripada skim macam ini?

Saya juga amat risau dengan kenyataan Khalid Samad bahawa Harapan Coin juga boleh digunakan dalam transaksi dengan kerajaan seperti pembayaran lesen, saman dan sebagainya.

Apa agenda YB ni?

Benda-benda pelik dan menimbulkan kemusykilan macam FundMyHome dan Harapan Coin ini yang dapat perhatian lebih daripada Kerajaan PH.

Nasib rakyat tidak lagi terbela. – Najib Razak





[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

Saya terjumpa video ini di laman web mengenai pecahan pendapatan hasil Harapan Coin dan ke mana ia akan disalurkan.

Matawang kripto dikatakan boleh digunakan dalam pelbagai transaksi kerajaan. Jadi saya berpendapat bahawa rakyat perlu tahu.

30 peratus diberi kepada developer skim.

30 peratus kepada Parti Amanah Negara.

40 peratus kepada Pakatan Harapan.

Saya tanya sekali lagi, apa sebenarnya agenda Harapan Coin ini, dan siapa sebenarnya yang untung?

Saya mahu Khalid Samad dedahkan dalang di sebalik projek ini.

Namakan mereka satu per satu.

Jangan cuba ambil kesempatan dan aniaya rakyat, saya akan lawan! – Najib Razak








Ini cerita Harapan Bitcoin. Khalid Samad kata 30% akan diberikan kepada developer skim ini, 30% kepada PAN dan 40% kepada PH.

Nabeel tak pasti mekanismenya. Tapi apa yg rakyat akan dapat dari transaksi ni? Adakah ada unsur gharar atau tak jelas daripada urusan ini?

Dengan rekod yang ada pada PH, nampaknya pelaburan ini tiada jaminan apatah lagi Khalid Samad ni, bukanlah ahli dalam bidang tersebut. – Nabeel Naqie
HARAPAN COIN: Mencurigakan, siapa sebenarnya yang untung? – Najib Razak HARAPAN COIN: Mencurigakan, siapa sebenarnya yang untung? – Najib Razak Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 14, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...