Hanya satu peratus hartanah milik warga asing - Zuraida



Sendiri fitnah Najib jual negara, sendiri jawab fitnah. Bagus juga otak PH ni.

KUALA LUMPUR: Perangkaan semasa menunjukkan jumlah hartanah dimiliki warga asing di seluruh negara setakat ini tidak melebihi satu peratus.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata kerajaan menetapkan nilai ambang iaitu melebihi RM1 juta pada Mac 2014 jika warga asing ingin memiliki hartanah di Malaysia.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri mempunyai hak dan bidang kuasa membuat pindaan terhadap nilai ambang itu, sekali gus menyebabkan berlaku ketidakseragaman dalam dasar berkenaan.

“Ketika ini, dari Perlis ke Johor, harga ambang ditetapkan berbeza. Oleh itu, KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) akan semak semula kuota untuk pemilikan hartanah warga asing supaya satu garis panduan terperinci berupaya dilaksanakan kerajaan negeri,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Dr Hasan Bahrom (PH-AMANAH Tampin) mengenai perangkaan terkini kadar pemilikan hartanah dalam kalangan warga asing.

Menjawab soalan Che Alias Hamid (PAS-Kemaman) berhubung pemilikan hartanah oleh warga asing menerusi Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), Zuraida berkata, program berkenaan memperuntukkan syarat tertentu manakala saringannya dikendalikan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Ia terhad kepada warga asing berumur 50 tahun ke atas, selain memperuntukkan garis panduan ketat, manakala pemohon perlu menepati syarat tertentu.

“Antara sebab yang membolehkan warga asing memohon MM2H ialah mereka sedang mendapatkan khidmat perubatan di negara ini atau mempunyai anak yang belajar di sini.

“Tempoh diberikan untuk mereka tinggal di sini hanya 10 tahun dan ia disemak semula mengikut keperluan, selain warga asing harus meletakkan wang deposit RM3 juta,” katanya. - BH
Hanya satu peratus hartanah milik warga asing - Zuraida Hanya satu peratus hartanah milik warga asing - Zuraida Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 12, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...