Guan Eng terus terdiam diasak Najib isu perjanjian IPIC-1MDB



Ketika saya membahas belanjawan 2019 di Dewan Rakyat pada hari Rabu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ada di dewan.

Dia membisu sepanjang perbahasan saya. Mungkin saya fikir dia tiada apa hendak dikatakan. Baca dahulu.

Bukan dia sahaja. Sila perhatikan video di bawah.

Bila saya tiba bahagian di mana saya menyatakan fakta mengenai perjanjian penyelesaian IPIC dengan 1MDB dan bertanya PH, tiada seorang pun ahli parlimen mereka membuka mulut bagai ada emas di bibir.

Apabila Najib sebut tentang isu 1MDB di Parlimen, mengapa semua pemimpin PH senyap? Ini tidak mungkin. Tetapi benar-benar berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN : Guan Eng takut dedah dokumen 1MDB-IPIC – Najib Razak

Bagaimanapun, selepas dia keluar dari dewan Guan Eng kata saya dari planet lain mengenai isu perjanjian IPIC dengan 1MDB.

Baik. Kita balik ke planet Earth.

Beranikah Guan Eng menjawab empat soalan ini:

1. Mengapa kerajaan PH membisu bila syarikat milik kerajaan Abu Dhabi, IPIC mengeluarkan kenyataan balas bahawa 1MDB tidak berhutang kepada IPIC, jelas bertentangan dengan tuduhan kerajaan PH ? Jika ia prejudis, mengapa mereka boleh keluarkan kenyataan mengenai perjanjian itu tetapi tak mahu dedahkan dokumen perjanjian itu?

2. Mengapa tiada satu pun pemimpin PH pernah mempersoalkan mengapa pegawai-pegawai kanan Abu Dhabi dan bos mereka tidak dipanggil untuk disoalsiasat memandangkan wang itu dipindahkan kepada mereka dan merekalah yang didapati banyak menggunakan wang itu dan mengagihkan wang itu kepada pihak-pihak yang lain?

Setiap satu sen yang didakwa hilang dari 1MDB telah dibayar atau dijamin oleh pihak IPIC.

3. Adakah perjanjian penyelesaian itu mengandungi klausa bahawa IPIC akan membayar balik wang kepada 1MDB yang didakwa hilang sebelum 30 Disember 2020?

4. Mengapa masih tidak mahu mendedahkan perjanjian penyelesaian tahun 2015 dan 2017 ini?

Di planet Earth, soalan-soalan ini bukan sukar untuk dijawab jika benar-benar mahu menegakkan keadilan. – Najib Razak


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Guan Eng terus terdiam diasak Najib isu perjanjian IPIC-1MDB Guan Eng terus terdiam diasak Najib isu perjanjian IPIC-1MDB Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 16, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...