Great Eastern nafi setuju sumbang RM2 bilion Skim Insuran B40




SKIM INSURANS B40: LGE BOHONG DEWAN RAKYAT?

1. Kerajaan PH umumkan akan wujud Skim Insurans B40 di mana Syarikat Great Eastern Life Insurance Malaysia akan menyumbang RM2 bilion caruman sebagai dana permulaan.

2. Skim insurans itu pun sekadar memberi perlindungan RM8 ribu untuk rawatan empat penyakit kritikal. 8k memang tidak cukup dan belum jelas apa akan berlaku selepas habis RM2 bilion itu. Tapi tak apa itu cerita lain hari.



3. Cerita utama: Great Eastern Life Insurance Malaysia ini adalah milik bank Singapura OCBC.

4. Tahun 2009, Kerajaan BN memutuskan syarikat insurans di Malaysia tidak boleh dimiliki 100% syarikat asing - maksimum dihadkan kepada 70%.




5. Tahun lepas, BNM beri amaran terakhir kepada syarikat insuran asing yang masih belum mematuhi peraturan ini.

6. Dalam pembentangan Belanjawan 2019, LGE ucap terima kasih kepada Great Eastern atas sumbangan RM 2 bilion itu seolah-olah sudah muktamad dan satu jasa baik dari syarikat itu. Rujuk lampiran.




7. Tetapi media Singapura Isnin lalu lapor kenyataan syarikat Great Eastern bahawa ia belum setuju buat sumbangan. Rujuk lampiran.





8. Mana satu betul? Adakah LGE telah berbohong di dalam Dewan Rakyat dan di depan jutaan rakyat?

9. Mungkin ramai tanya kenapa Great Eastern sanggup menyumbang? CSR ka? Laporan media sama mendedahkan, rupa-rupanya syarikat itu sedang berbincang dengan kerajaan PH bagi mendapat pengecualian daripada syarat BNM untuk menjual kepentingan 30% kepada syarikat tempatan.



10. Secara jelas, Great Eastern memberitahu satu kaedah untuk mendapat pengecualian ialah dengan membuat sumbangan RM2 billion ini. Nampak tak unsur "quid pro quo" (timbal balas) di situ?

11. Harap LGE boleh buat penjelasan:

a) adakah anda berbohong atau mengelirukan Dewan?
b) Bajet ini untuk rakyat Malaysia atau untuk syarikat Singapura?

Shahril Sufian Hamdan
Naib Ketua PPUM


Great Eastern nafi setuju sumbang RM2 bilion Skim Insuran B40 Great Eastern nafi setuju sumbang RM2 bilion Skim Insuran B40 Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 09, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...