Graduan bumiputera paling ramai menganggur



KUALA LUMPUR 7 Nov. - Meskipun institusi pendidikan tinggi dianggap sebagai batu loncatan kepada belia untuk memperoleh masa depan lebih baik, terdapat kajian menunjukkan graduan bumiputera menghadapi kesukaran untuk mendapat pekerjaan.

Kadar pengangguran golo­ngan tersebut didapati lebih tinggi berbanding rakan sebaya mereka yang tidak mempunyai pendidikan tinggi.

Perkara tersebut dinyatakan dalam Laporan Tinjauan Ekonomi Kementerian Kewangan 2019 yang meneliti kadar pengangguran dalam kalangan rakyat Malaysia dari tahap pendidikan berbeza berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) 2017.

Laporan itu menyebut, belia bumiputera berpendidikan tinggi merekodkan kadar pe­ngangguran tertinggi pada 2017 meliputi 4.6 peratus, jauh lebih tinggi daripada belia bumiputera yang hanya mempunyai kelulusan tahap sekolah menengah (4 peratus).

ARTIKEL BERKAITAN : PH janji 1 juta peluang kerja, gaji minimum RM2,500

Sementara itu, belia de­ngan pendidikan sekolah rendah merekodkan kadar pengangguran 1.9 peratus manakala bumiputera yang tidak mempunyai sebarang pendidikan sekolah formal dengan kadar pengangguran terendah pada 1.5 peratus.

Dalam pada itu, belia Cina yang tidak mempunyai pendidikan formal mencatatkan kadar pengangguran ter­tinggi seba­nyak tiga peratus manakala belia India 6.9 peratus.

Bagi kedua-dua kumpulan kaum itu, mereka yang lulus dari universiti mempunyai kadar pengangguran 2.9 peratus (Cina) dan 5.5 peratus (India).

Mereka yang dikategorikan sebagai ‘lain-lain’ mempunyai kadar pengangguran tertinggi dalam kalangan yang mempunyai pendidikan menengah (8.6 peratus) manakala pendidikan tinggi pada tahap 5 peratus. - UO




Graduan bumiputera paling ramai menganggur Graduan bumiputera paling ramai menganggur Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 08, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...