Majoriti gembira gaji RM1,100? Berapa troli penuh tu? – Najib



"Saya sukacita kerana sebahagian besar masyarakat gembira dengan kadar gaji minimum sebanyak  RM1,100. Kami juga perlu memastikan bahawa untuk menjadi ekonomi yang lebih maju dan cekap, pembayaran kadar gaji yang bagus adalah kriteria yang perlu diambil kira.

"Kadar RM1,050 itu diwartakan pada masa dulu, tapi mengikut undang-undang, Kabinet boleh menilainya semula dan membuat keputusan berbeza, manakala kesatuan sekerja juga menyatakan jumlah itu adil dan munasabah," kata Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Deepavali Pertubuhan Keselamatan Sosial (Socso), Ahad.
Kenyataan 'syok sendiri' Menteri Sumber Manusia itu mendapat perhatian bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang kini aktif menjawab fitnah KERAjaan Pakatan Harapan (PH) terhadap kerajaan terdahulu.

Najib menyindir Kula, dengan gaji minimum baharu itu agak-agak berapa troli penuh penuh jika membeli barangan rumah dan mempersoalkan di mana janji untuk mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan dengan gaji minimum RM2,500

Hantaran Najib malam tadi di Facebook peribadi miliknya itu sehingga kini mendapat 900 perkongsian, hampir 8,000 tanda suka dan lebih 1,300 komen yang rata-ratanya terhibur dan bersetuju dengan beliau.

Dulu PH selalu mengecam kerajaan BN bahawa Rakyat menderita kerana gaji terlalu rendah lalu mereka berjanji untuk wujudkan 1 juta pekerjaan baru dengan gaji RM2,500 bila menang PRU14.

Setelah berkuasa, Menteri PH pula kata sebenarnya sebahagian besar orang Malaysia sudah gembira dengan gaji minimum RM1,100.

Agak berapa troli penuh ini? – Najib Razak


Gaji menteri puluhan ribu tapi rakyat pula terpaksa berkorban
Majoriti gembira gaji RM1,100? Berapa troli penuh tu? – Najib Majoriti gembira gaji RM1,100? Berapa troli penuh tu? – Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 06, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...