GAJI MINIMUM: Majikan pertimbang tindakan undang-undang terhadap KERAjaan PH



PETALING JAYA: Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap kerajaan berhubung penetapan gaji minimum.

Pengarah Eksekutif MEF Datuk Shamsuddin Bardan berkata keputusan kerajaan mewartakan kadar gaji minimum pada RM1,100 membelakangai Majlis Perundingan Gaji Negara dan menyalahi akta berkaitan.

Shamsuddin menjelaskan kerajaan sebelum ini mewartakan gaji minimum pada RM1,050 dan semakan gaji minimum hanya boleh dilakukan 2 tahun selepas itu.

ARTIKEL BERKAITAN : Majoriti gembira gaji RM1,100? Berapa troli penuh tu? – Najib

“Bila kadar gaji minimum itu diwartakan, kerajaan menetapkan kadar itu untuk 2 tahun sehingga 2020. Kalau ada semakan pun ia akan berlaku pada 1 Januari 2021,” katanya.

Shamsuddin berkata tindakan undang-undang mungkin diambil sekiranya kerajaan tidak menyelesaikan isu penetapan kadar gaji minimum itu.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran yang berkata keputusan menetapkan kadar gaji minimum pada RM1,100 bermula 1 Januari tidak bercanggah dengan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara kerana jemaah menteri mempunyai kuasa untuk menilai semula keputusannya. - FMT

Kalau dah pembohong penipu tu habis semua dia kencing. Mula-mula kencing pengundi. Lepas tu kencing majikan



GAJI MINIMUM: Majikan pertimbang tindakan undang-undang terhadap KERAjaan PH GAJI MINIMUM: Majikan pertimbang tindakan undang-undang terhadap KERAjaan PH Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 06, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...