Gadis 'hodoh' ini dimalukan Aliff Syukri di live Gegar Vaganza



TINDAKAN penaja utama konsert Gegar Vaganza musim kelima (GV5) Datuk Seri Aliff Syukri mahu memberikan produknya kepada seorang gadis yang dilabelkan 'hodoh' telah mengundang kemarahan netizen.

Pengasas produk D'Herbs yang diberi kesempatan oleh produksi untuk mempromosikan produk pemutihnya itu sengaja mencari penonton berwajah 'hodoh' dan menjadikannya bahan gelak tawa penonton yang lain.

"Kalau pergi Gegar Vaganza, kalau muka hodoh-hodoh, muka pecah rumah kan, kita kena cantikkan.

"So saya rasa muka ni macam , macam bomoh la saya rasa kan, kalau guna foundation ni, boleh dibeli kat Go Shop ye, ha tengok.

Selepas memilih penonton yang 'hodoh' Aliff tanpa meminta izin terus menyapu foundation ke muka penonton tersebut dan meratakan dengan menggunakan tangannya.


Aliff juga dengan tanpa rasa bersalah menawarkan wang kepada penonton yang dimalukan itu.

"Akak nanti saya bagi duit kak eh? Ha, boleh la kak eh..

"Ha, tengok muka dia sebelum ni tak cantik kan, ha.. dia dah cantik dah.

"Lepas ni hantaran kau dari RM2,000 pakai foundation aku hantara kau jadi RM20,000 terus ye."

Rata-rata netizen menyatakan rasa tidak senang dengan tindakan Aliff yang tanpa segan silu menghina orang lain sebagai hodoh dan memalukannya di hadapan jutaan penontopn di rumah.

Bagaimanapun, Aliff sudah membuat permohanan maaf ketika konsert itu bersiaran langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). – AbuLeman


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]







Gadis 'hodoh' ini dimalukan Aliff Syukri di live Gegar Vaganza Gadis 'hodoh' ini dimalukan Aliff Syukri di live Gegar Vaganza Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 05, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...