Exco DAP tuduh umat Islam serang kuil Seafield Sri Maha Mariamman



BANGI – Ahli Exco Selangor, V Ganabatirau menuduh sekumpulan orang Islam menyerang Kuil Seafield Sri Maha Mariamman di USJ25, Subang Jaya, awal pagi tadi, hingga mencetuskan rusuhan.

Tanpa mengemukakan bukti, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Kemuning daripada parti tamak haloba dan anti-Islam DAP itu, memuatnaik tuduhan berkenaan dalam laman Facebooknya sebentar tadi.

“Serangan sekumpulan muslim menunjukkan terdapat cubaan untuk mewujudkan ketidakharmonian di kalangan kaum yang hidup aman damai selama ini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN : Pergaduhan pemaju dan penganut Kuil Seafield Sri Maha Mariamman

Dia meminta polis menjalankan siasatan dengan teliti kejadian itu dan memberi perlindungan yang diperlukan kepada orang awam mengikut Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Ganabatirau berkata, dia menerima laporan sekumpulan penceroboh memasuki kuil dengan senjata berbahaya dan menyerang orang awam di kuil itu.

Dalam kenyataan itu, dia bagaimanapun berkata, isu penempatan semula kuil berkenaan adalah berikutan perebutan antara dua kumpulan dalam pentadbiran kuil.

ARTIKEL BERKAITAN : Di mana Waytha Moorthy dan Gobind ketika Kuil Seafield Sri Maha Mariamman mahu dirobohkan?

“Kerajaan Selangor berpendirian bahawa semua pihak mesti mematuhi keputusan yang dibuat oleh mahkamah,” katanya.

Difahamkan, pemindahan kuil itu diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 11 Mac 2014, menerusi penghakiman persetujuan (consent judgement), selepas empat pihak bersetuju menyerahkan kembali tanah itu kepada pemiliknya.

Empat pihak terbabit ialah kerajaan negeri, pemilik tapak kuil berkenaan One City Development Sdn Bhd (One City) serta dua individu yang mendakwa pentadbir kuil itu, K Chellappa dan M Nagaraju.



Chellappa memfailkan bantahan terhadap usaha One City mengambil tapak kuil berkenaan pada 1996.

Dalam penghakiman persetujuan itu pemilik tanah, (One City) juga bersetuju mendepositkan wang sebanyak RM1.5 juta kepada pihak kuil, di mana difahamkan wang telah didepositkan kepada peguam kuil.

Kerajaan negeri turut menyerahkan tanah seluas kira-kira 0.4 hektar (satu ekar) yang terletak kira-kira tiga kilometer dari lokasi asal kuil.



Mahkamah juga memutuskan Chellappa adalah pentadbir sah kuil berkenaan, tetapi Nagaraju tidak bersetuju dan membantah kuil itu dipindahkan selain mendakwa kerajaan negeri telah mengarahkan ia dirobohkan.

Pada 28 September lalu, satu notis pengosongan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengarahkan penghuni kuil mengosongkan tapak pada atau sebelum 15 Oktober lalu.

Bagaimanapun pada 25 Oktober lalu ratusan penganut Hindu yang tidak bersetuju kuil itu dipindahkan berkumpul di kuil berkenaan ketika urusan pemindahan dijalankan. - IW


ARTIKEL BERKAITAN :

Pergaduhan pemaju dan penganut Kuil Seafield Sri Maha Mariamman

Di mana Waytha Moorthy dan Gobind ketika Kuil Seafield Sri Maha Mariamman mahu dirobohkan?

Exco DAP tuduh umat Islam serang kuil Seafield Sri Maha Mariamman

Mufti Perlis arah KERAjaan PH ambil tindakan 'kuil' bina secara haram

One City nafi cetus rusuhan kuil Seafield Sri Maha Mariamman

Sebelum nak gaduh antara kaum cuba lihat fakta ini

Pergaduhan di Kuil, Waytha Moorthy salahkan Polis

Memahami garis masa isu kuil Sri Maha Mariamman

Era BN, kuil Sri Maha Mariamman diizinkan bertapak

Rusuhan kuil: Polis nafi tuduhan Waytha Moorthy lambat bertindak

Baju PPBM antara dijumpai dalam kereta penceroboh kuil Sri Maha Mariamman

[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]



Exco DAP tuduh umat Islam serang kuil Seafield Sri Maha Mariamman Exco DAP tuduh umat Islam serang kuil Seafield Sri Maha Mariamman Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 26, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...