Era BN, kuil Sri Maha Mariamman diizinkan bertapak



Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) pada tahun 2001 pernah mengeluarkan surat kelulusan pengekalan tapak kuil tersebut berdasarkan sebuah mesyuarat exco pada 08.08.2001.

Malah pada tahun 1993 sebuah surat daripada Timbalan menteri sumber manusia (Tan Sri M. Mahalingam), juga pernah dikeluarkan daripada pejabat beliau yang telah berpendapat bahawa pihak kuil berhak untuk menduduki tapak yang diduduki oleh kuil tanpa sebarang gangguan berdasarkan perjanjian yang telah dimeterai oleh pemaju (SIME UEP) di mana pemaju telah bersetuju dengan syarat yang telah dikenakan oleh Majlis Mesyuarat EXCO Selangor pada tahun 1987 yang berbunyi,

“Pemaju dikehendaki memperuntukkan kawasan bagi maksud Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) seluas kira-kira 5 ekar dan tapak untuk Kuil Sri Maha Mariamman seluas kira-kira 1 ekar di tempat yang sedia ada.”

Malangnya, keistimewaan itu hancur ketika Selangor jatuh ke tangan pembangkang waktu itu dan kini lebih teruk di bawah KERAjaan Pakatan Harapan (PH).

Tetapi yang hairannya, majoriti kaum India jugalah yang mengundi PH walaupun mereka sedar hak mereka dinafikan hingga ada yang memfitnah ribuan kuil telah dirobohkan oleh kerajaan BN dan dipaksa memeluk Islam.

Bahkan yang memfitnah itu diangkat menjadi Menteri. Menteri Perpaduan pula tu.

Nampaknya, perangai tidak mengenang budi dan tidak tahu bersyukur juga tidak mengenal bangsa dan agama. Sama sahaja. Akibatnya sendiri merana. Apa lagi boleh diucapkan selain padan muka? – KhairulAzri/AbuLeman



Situasi makin tegang FRU dihalang kereta diremuk






Era BN, kuil Sri Maha Mariamman diizinkan bertapak Era BN, kuil Sri Maha Mariamman diizinkan bertapak Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 26, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...