Empat jam di SPRM, bukan siasatan kes solar – Najib



PUTRAJAYA, 8 Nov — Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, bagi memberi keterangan kira-kira empat jam di suruhanjaya itu hari ini.

Kenderaan yang dinaikinya melalui pintu belakang suruhanjaya itu pada kira-kira 9.40 pagi, selepas beliau menemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi mendengar prosiding sebutan kes, dan kenderaan tersebut dilihat meninggalkan premis SPRM pada kira-kira 1.50 petang.
 
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi juga mengesahkan Najib dipanggil untuk memberi keterangan kepada SPRM hari ini.

Media sebelum itu melaporkan setelah difahamkan oleh sumber SPRM bahawa Najib dipanggil SPRM hari ini bagi membantu siasatan beberapa kes termasuk melibatkan pemasangan panel tenaga solar di Sarawak.

Beberapa minit selepas Najib meninggalkan SPRM, beliau telah membuat hantaran ke twitter miliknya : “Hari ini saya dipanggil SPRM bagi membantu siasatan tetapi bukan berkaitan kes solar.” — Bernama


Empat jam di SPRM, bukan siasatan kes solar – Najib Empat jam di SPRM, bukan siasatan kes solar – Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 08, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...